ARKIB

KATEGORI

Info

10 tip penjagaan kereta yang boleh anda lakukan semasa PKP

Info

Views

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan dari warga Malaysia diarahkan supaya duduk di rumah kecuali untuk membeli barang keperluan atau bertugas. Jadi, dalam tempoh ini penggunaan kereta juga agak kurang dan mungkin kereta anda mengalami risiko seperti tayar pancit, kehabisan bateri dan paling tidak kereta berhabuk kerana dibiarkan tidak bergerak dalam tempoh yang agak lama.

Memandangan kereta adalah aset yang mahal, adalah mustahak untuk anda memastikannya sentiasa bergerak dan nampak menarik selama mana yang boleh. Penjagaan harian dan penyelenggaran kereta adalah penting supaya kereta berada dalam keadaan memuaskan dan memastikan nilai jualan semula yang baik.

Apa yang anda perlu buat semasa PKP ini?

Cuci kereta

Walaupun kereta tidak berada di atas jalan, setiap hari ia pasti akan terdedah kepada habuk dan segala macam pencemaran. Amatlah penting untuk mencuci kereta sekerap yang mungkin, ini kerana jika anda membiarkan kesan air atau najis burung yang tidak dicuci dalam tempoh yang lama, ia mungkin menjejaskan cat kereta anda.

Cuci kereta setiap dua minggu sekali sudah memadai, namun jika tinggal di kawasan yang kadar pencemarannya yang agak tinggi, anda perlu mencucinya seminggu sekali. Semasa mencuci, pastikan anda menggunakan pencuci yang dibuat khusus untuk kegunaan luaran kereta.

Jangan sekali-kali menggunakan detergen rumah untuk menjimatkan duit kerana ia akan membuatkan cat kereta anda terkupas. Sebagai contoh, gunakan 3M™ Auto Care Car Wash Soap yang menanggalkan kotoran dengan selamat tanpa merosakkan lapisan perlindungan wax yang melindungi pengilat, sekali gus memastikan kereta anda sentiasa berkilau.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Keringkan kereta

Langkah seterusnya adalah mengeringkan kereta. Anda tidak sepatutnya membiarkan kereta anda kering dengan sendiri kerana air boleh meruap selepas mencuci, mineral akan kekal dan menyebabkan kakisan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan tera air dan berjalur.

Sebaiknya anda guna kain jenis microfibre untuk mengeringkan kereta anda kerana ia berkesan menyerap air dan tidak menggores lapisan cat. Lap badan kereta anda dari atas ke bawah dengan teliti dan pastikan tiada kawasan masih basah untuk mengelakkannya berkarat.

Bersihkan tayar

Habuk dan debu brek yang melekat pada rim sepanjang masa dan menghakis salutan akan menyebabkannya pudar. Oleh itu, guna produk yang sesuai untuk membersihkan tayar dengan berkesan, sebagai contoh 3M™ Wheel and Tire Cleaner. Ia diformulasikan untuk membersihkan rim dan tayar dengan satu langkah mudah.

Kilatkan tayar

Walaupun tayar telah dibersihkan dari habuk, ia mungkin nampak kusam dan pudar. Anda boleh gunakan 3M™ Tire Restorer untuk warna tayar kereta anda kembali ke warna hitam asal dan berkilat. Ia dihasilkan menerusi formula yang tidak akan menjejaskan cat kereta anda.

Hilangkan calar

Selepas mencuci kereta, pastikan anda mencari bahagian yang bercalar, terutama sekali di bahagian pemegang pintu. Gunakan 3M™ Scratch Remover yang membantu menghilangkan kesan calar kecil dan kerosakan yang berpunca dari pengamplasan, selain menjadikan kereta kelihatan lebih berkilat.

Wax kereta anda

Penggunaan wax bukan sahaja menjadikan kereta lebih berkilat, namun ia juga berfungsi sebagai lapisan perlindungan kepada cat dari sinaran UV dan unsur kakisan yang lain. Pastikan anda wax kereta setiap enam bulan sekali bagi memastikan lapisan lebih utuh.

Anda boleh cuba gunakan 3M™ Quick Wax yang mengandungi carnauba wax, yang menjadi kegemaran di kalangan profesional automotif, untuk kilatan yang lebih mendalam. Ia boleh digunakan setiap hari, minggu atau bulan bergantung kepada keperluan anda.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Kilatkan lampu depan

Lampu yang kusam adalah disebabkan oleh permukaan plastik yang bertukar menjadi kekuningan dan kabur. Ia boleh menghadkan penglihatan semasa memandu pada waktu malam dan boleh membahayakan anda, penumpang dan kereta lain. 3M™ Headlight Lens Restoration Kit boleh membantu anda menghilangkan kusam pada bahagian lampu dengan menyingkirkan kekuningan, calar, kotoran, pengoksidaan dan bahan lain yang melekat pada lensa plastik.

Bersihkan ruang dalaman

Langkah pertama membersihkan ruang dalaman kereta anda ialah dengan membuang segala sampah seperti cawan, tisu dan kertas. Jangan lupa mengelap stereng dan beberapa pemukaan lain yang terdedah kepada kuman. Kemudian keluarkan alas lantai sebelum menyedut permukaan tersebut.

Selepas ini sedut dari bahagian atas ke bawah, bermula dari penyandar kepala, kerusi, papan pemuka, konsol dan akhir sekali lantai. Pastikan anda menyedut alas lantai sebelum meletakkannya kembali ke tempat asal. Anda disarankan untuk menyedut kereta setiap minggu atau dua minggu sekali untuk mengurangkan kotoran mahupun bakteria.

Bersihkan kerusi

Semasa membersihkan kerusi, pastikan anda memilih pencuci yang sesuai dengan kemasan. Kerusi kulit dan vinyl perlu menggunakan pencuci khas, terutama sekali kerusi kulit. Ia perlu dibersihkan sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali kerana terdedah kepada kekeringan, retak dan lusuh.

Gunakan 3M™ Leather and Vinyl Restorer yang diformulasikan dengan minyak perapi yang membantu mengekalkan kelembutan bahan tersebut serta menjadikannya nampak berkilau. Jika anda kereta anda mempunyai kerusi fabrik, memadai dengan hanya menyedut dan menyemburnya dengan semburan pembasmi kuman.

Cuci tingkap

Akhir sekali cuci tingkap kereta anda. Gunakan pencuci cermin untuk hasil yang lebih baik, kemudian semburkannya pada kain microfibre semasa mengelap. Lap dengan pergerakan ke atas dan ke bawah pada kedua-dua belah tingkap untuk hasil yang lebih baik.

Anda boleh mendapatkan produk 3M™ Auto Care menerusi pembelian secara atas talian di Lazada 3M Auto Care Flagship Store. Selamat mencuba tip yang diberikan tadi!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply