ARKIB

KATEGORI

Buletin

100 stesen minyak Five Petroleum bakal dibina di luar bandar

Berita Tempatan

Views

Stesen minyak jenama Five mensasarkan 100 buah stesen akan dibina di luar bandar di Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak menjelang 2023.

Menurut portal Sahih.com.my, setakat ini terdapat 41 buah stesen minyak jenama berkenaan telah dibina di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik inisiatif Five Petroleum Malaysia dalam usaha menjadikan kawasan luar bandar sebagai lokasi utama operasi stesen itu.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihak kementerian berharap agar syarikat terbabit dapat meningkatkan dan memperluaskan lagi pembinaan stesen minyak di negeri Sabah dan Sarawak pula.

Katanya, kewujudan stesen minyak itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti stesen minyak di bandar memberi kesan kepada pembangunan industri petroleum negara sekali gus merapatkan lagi jurang antara pengguna luar bandar.

Dengan kemudahan yang disediakan ini, penduduk luar bandar dapat menikmati subsidi minyak daripada kerajaan secara penuh tanpa perlu menanggung kos tambahan seperti kos perjalanan untuk mendapatkan petrol dan diesel.

Tambah beliau. walaupun berada di luar bandar dan di pedalaman, setiap penduduk berhak merasai kesenangan dan kemudahan yang baik. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan stesen minyak Five Petrol Batu Balai, di Jerantut, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Majlis perasmian terbabit turut dihadiri Pengarah Urusan Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd, Datuk Seri Dr King Lim Chub Fui, Pengerusi Five Petroleum Malaysia, Datuk Juharu Abdul Ghani, Pengarah Seng Group of Companies, Datuk Wong Kam Yong, dan Ketua Cawangan KPDNHEP Jerantut, Abdul Mubin Ahmad.

Tidak hanya itu menurutnya, penduduk luar bandar juga dijangka dapat memanfaatkan kemudahan berkenaan terutama dari sudut peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.

Kerajaan sentiasa peka terhadap taraf hidup rakyat di mana dengan penambahan stesen minyak baharu di kawasan pedalaman dapat mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya buat penduduk tempatan.

Katanya Rosol lagi, mungkin dalam masa sama Five Petrol dapat membuka peluang kepada penduduk untuk memasarkan produk hasil keluaran tempatan di stesen minyak mereka sekali gus membantu penduduk menaiktaraf ekonomi mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Five Petroleum Malaysia

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply