ARKIB

KATEGORI

Buletin

10,500 kakitangan Perodua komited jadi pemandu berhemah semasa pulang berhari raya

Berita Tempatan

Views

Kira-kira 10,500 kakitangan Perodua di seluruh negara telah memberikan komitmen mereka untuk menjadi memandu secara berhemah dan bertanggungjawab semasa pulang menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi, dalam usaha mencapai kemalangan sifar di sepanjang tempoh perayaan ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua telah mempergiatkan Program Keselamatan Jalan Rayanya untuk memberi penekanan serius terhadap keselamatan di jalan raya.

Sejak pelancaran Program Keselamatan Jalan Raya jangka-panjang Perodua pada Oktober 2017, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam mendidik dan memberi kesedaran, baik di dalam mahupun di luar Perodua. Jumaat lalu, Perodua telah mengadakan upacara pelepasan balik kampung untuk kakitangan di ibu pejabatnya di Sungai Choh.

Datuk Zainal telah mengagihkan jaket keselamatan kepada kakitangan yang menunggang motosikal dan mengingatkan semua warganya untuk lebih berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini. Katanya, penunggang motosikal boleh dikatakan golongan pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada bahaya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Oleh itu, Perodua telah memulakan Program Smart Riding di peringkat dalaman, di bawah mana semua kakitangan diwajibkan memakai jaket keselamatan yang disediakan semasa menunggang pergi dan pulang dari tempat kerja. Ini meningkatkan lagi tahap penglihatan pengguna jalan raya yang lain terhadap mereka.

Selain itu, kursus peringatan (refresher course) untuk kakitangan penunggang motosikal setiap dua tahun turut diadakan, bersama dengan ujian teori dan praktikal yang perlu mereka lulus untuk dibenarkan meletakkan motosikal mereka di kawasan yang telah ditetapkan.

Kursus ini disampaikan oleh jurulatih dalaman Perodua yang diiktiraf Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ia mengingatkan para penunggang motosikal mengenai undang-undang jalan raya dan kepentingan mematuhinya.

Perodua turut mengingatkan kakitangannya mengenai empat tunjang keselamatan jalan raya iaitu memakai tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan peranti mudah alih ketika memandu, selain mengamalkan Kiken Yochi (teknik meramal bahaya).

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Syarikat tersebut juga telah mengambil bahagian di dalam pelancaran kempen keselamatan jalan raya kerajaan peringkat kebangsaan baru-baru ini dan telah menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma Tweckbot dan menyebarkan mesej keselamatan kepada para pengunjung.

Pada masa yang sama, Perodua telah mengagihkan 10 buah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp kepada pengunjung secara rawak dan secara percuma, sebagai sebahagian daripada kempen kerusi keselamatan kanak-kanaknya yang sedang berjalan.

Tweckbot merupakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma 50-poin Perodua yang bertujuan menggalakkan para pelanggannya untuk memeriksa kenderaan mereka secara kerap. Hampir 8,000 kenderaan telah diperiksa Tweckbot sejak kelahirannya pada 2011.

Ia akan sekali lagi menemui anda pada 22hb dan 23hb Jun di Giant Shah Alam bagi memastikan kenderaan Perodua anda dalam keadaan yang baik selepas pemanduan jauh anda. Perodua turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, semoga perjalanan anda semua lancar dan selamat.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply