ARKIB

KATEGORI

Buletin

11 PATI ‘disumbat macam sardin’ dalam Proton Waja, pemandu cabut lari

Berita Tempatan

Views

Kerosakan sebuah kereta Proton Waja membawa kepada penemuan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ‘disumbat‘ dalam kenderaan itu di Kilometer 63.1 Arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada Sabtu.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, pada mulanya, polis menerima panggilan daripada anggota Polis Bantuan Peronda Lebuhraya (PLUS) memaklumkan sebuah kereta mengalami kerosakan dalam kejadian jam 8.05 pagi itu.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, sebaik pemeriksaan dilakukan, seramai 11 lelaki warga Myanmar ditemui dalam kenderaan terbabit.

Susulan itu, anggota polis bergegas ke lokasi dan sebaik tiba polis terus menahan kesemua PATI terbabit. Melalui pemeriksaan lanjut, kesemua PATI terbabit didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

Siasatan lanjut turut mendapati semua lelaki warga Myanmar itu akan di hantar kepada satu sindiket di selatan tanah air yang menawarkan pekerjaan kepada mereka.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Bagaimanapun, pemandu kereta yang dipercayai menjadi ‘Transporter‘ telah melarikan diri sebaik melihat kenderaan polis bantuan tiba.

Arriz Sham berkata, 11 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang untuk tindakan lanjut.

Beliau memaklumkan, pihaknya turut merampas kereta Proton Waja tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply