Sebuah lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dalam perjalanan membawa 13 Parajurit Muda terbabit dalam kemalangan selepas melanggar tembok batu pemisah lorong tol di Kilometer 7.1 Plaza Tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, di Seremban, semalam.
UTUSAN melaporkan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kemalangan pada pukul 7.10 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah brek mengakibatkan 12 orang termasuk pemandu lori ATM cedera.
Nanda berkata, pemandu lori dan tiga penumpang mengalami kecederaan parah manakala lapan lagi penumpang cedera ringan.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah lori tiga tan jenis Hicom yang dipandu oleh seorang anggota tentera lelaki berusia 25 tahun sedang bergerak di lorong paling kiri.
Lori ATM itu yang dipercayai mengalami kerosakan brek telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian tembok tengah pembahagi lorong tol.
Nanda berkata, ketika kejadian lori tersebut membawa 13 penumpang yang merupakan Parajurit Muda dalam perjalanan dari Markas 1 Kompeni Angkut Kem Si Rusa, Port Dickson menghala ke arah Terminal One, Seremban.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
13 Parajurit Muda itu baru menamatkan latihan asas ketenteraan dan dihantar ke Terminal One Seremban dengan tujuan menghantar kesemua mereka pulang bercuti.
Kesemua 12 mangsa yang berusia antara 19 sehingga 25 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban oleh ambulans untuk menerima rawatan.
Nanda berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI