ARKIB

KATEGORI

Buletin

13,000 unit Aruz sudah diserahkan kepada pemilik

Berita Tempatan

Views

Perodua sedang mengurangkan jurang antara tempahan dan penghantaran SUV tujuh-tempat duduknya, Aruz, dengan kira-kira 13,000, atau 52 peratus, daripada 25,000 tempahan yang diterima setakat ini sudah dihantar. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata mereka telah berjaya mempercepatkan penghantaran Aruz kepada 110 unit sehari secara purata daripada 100 sebelumnya.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadikan Aruz antara SUV yang terlaris di negara ini. Datuk Zainal mewakili warga Perodua dengan rendah hati dan tulus ikhlas memohon maaf andai kenderaan baharu anda tidak berjaya dihantar menjelang tibanya Hari Raya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Mereka kini sedang bertungkus-lumus untuk memaksimumkan pengeluaran dan penghantaran bagi memendekkan masa menunggu. Peordua amat berterima kasih atas pemahaman, kesabaran dan kepercayaan para pelanggannya. Aruz diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan kecekapan penggunaan bahan api 15.6 km/l.

Ia turut dilengkapi dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ditambah dengan Advanced Safety Assist 2.0 yang terdapat pada varian AV. Ini sekaligus membolehkannya menerima penarafan keselamatan maksimum lima-bintang ASEAN NCAP.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua telah menjual sebanyak 22,943 kenderaan sepanjang Mei 2019, mengikut kiraan dalaman. Ini membawa jumlah lima bulan pertamanya kepada 105,743 unit – lonjakan 8.5 peratus berbanding dengan jualan 97,487 unit dari Januari hingga akhir-Mei 2018.

Perodua juga mengucapkan terima kasih kepada pembekal komponen tempatan yang telah membuktikan kebolehan mereka dengan meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan kualiti mereka untuk memenuhi permintaan tinggi bagi model-model keluarannya, yang kesemuanya mengandungi lebih 90 peratus komponen tempatan.

Bagi pihak Perodua, Datuk Zainal mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam dan kepada semua rakyat Malaysia, selamat bercuti. Pandulah dengan cermat dan berhemah, dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply