ARKIB

KATEGORI

Buletin

20 kereta mewah rosak ditimpa bumbung runtuh, kerugian dianggarkan RM2 juta

Berita Tempatan

Views

Lebih 20 buah kenderaan rosak akibat dihempap bumbung yang runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi di Johor Bahru, semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Salah seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama lapan pekerja berada di dalam pejabat dan secara tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Tambahnya, apabila keluar dia melihat bumbung telah runtuh dan melihat pusaran angin serta hujan lebat.

Lantas dia terus melaungkan azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Bohari, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai ini dibuka awal tahun 90-an.

Ujarnya, ketika kejadian terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kereta mewah jenis BMW, Audi serta Mazda.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply