ARKIB

KATEGORI

Buletin

20 pelumba terpantas Kejuaraan Toyota GR Velocity Epsorts bersedia ke pusingan akhir

Berita Tempatan

Views

Kejuaraan Toyota GR Velocity Epsorts tiba dikemuncak pada 18-19 September 2021 dengan 20 pelumba simulator teratas bakal berentap untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM70,000 dan peluang untuk mewakili negara di pusingan kelayakan Piala GR GT Asia!

Lebih daripada 800 orang telah menyertai acara tersebut yang bermula dengan pusingan kelayakan dari 21-29 Ogos, sebelum suku akhir diadakan pada 4-5 September bagi menentukan 20 pelumba teratas yang layak bersaing dalam pusingan separuh akhir, hujung minggu ini.

Perlumbaan sehari itu bakal menentukan pula 10 pelumba teratas yang layak ke pusingan akhir pada 19 September. Pertama kali dianjurkan pada 2018, jumlah penyertaan dalam Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports telah meningkat daripada 400 hingga 800 tahun ini.

Dengan jumlah penonton dalam talian seramai 10,000 pada 2018, acara tahun lalu telah menarik perhatian lebih daripada sejuta penonton dalam talian sepanjang dua hari acara itu berlangsung, menerusi Facebook dan Youtube.

Sehingga hari ini, UMW Toyota Motor kekal menjadi pelopor dan satu-satunya syarikat pengeluar kenderaan di Malaysia yang dikaitkan dengan perkembangan pesat aktiviti sukan lumba E-sukan. Tidak seperti acara sebelumnya yang dianjurkan secara umum, pusingan akhir tahun ini akan dilangsungkan secara dalam talian, terus dari rumah peserta yang mengambil bahagian.

Perlumbaan ini akan menggunakan platform Gran Turismo Sport oleh Sony Playstation. Penonton boleh mengikuti perlumbaan berkenaan yang akan disiarkan di laman Facebook dan Youtube Toyota Gazoo Racing dan Saluran eGG Astro.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Sementara itu, Ketua Pegawai Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata UMW Toyota Motor kekal komited terhadap aspirasinya untuk memperluaskan lagi pengaruhnya dalam sukan permotoran di Malaysia.

Pusingan akhir bakal menyaksikan beberapa pelumba yang ketika ini bersaing dalam kelas Promotional, Sporting, Super Sporting dan Rookie dalam Vios Challenge beralih kepada simulator untuk perlumbaan pertunjukan.

Antara selebriti yang bakal beraksi dalam perlumbaan pertunjukan itu ialah pemandu kelas Promotional, Zizan Razak, Shukri Yahaya dan Nabil Ahmad, serta pelumba jemputan dan pelakon Sharnaaz Ahmad; pemandu kelas Sporting, Clement Yeo; pemandu Super Sporting, Tengku Djan Ley dan Hayden Haikal; serta pelumba kelas Rookie Naquib Azlan, Putera Adam dan Amer Harris.

Acara dua hari untuk separuh akhir dan perlumbaan akhir itu bakal menyaksikan barisan pemenang Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports kembali beraksi mempertahankan kejuaraan, termasuk Taj Aiman, dan naib juara tahun lalu serta pelumba tempat ketiga, Iqbal Suji dan Mior Hafiz, dan tak lupa juga pemenang 2018, Muhammad Uzair.

Dalam pusingan separuh akhir, semua pelumba akan memandu Toyota 2000GT dalam perlumbaan 15 minit di litar 3.8 km Goodwood Motor Circuit, diikuti kemudiannya dengan perlumbaan kedudukan grid terbalik untuk melengkapi jelajah di United Kingdom. Perlumbaan ketiga pula akan menggunakan jentera GR Supra Racing Concept untuk tempoh 30 minit di litar 6.2 km di litar Mount Panorama-Bathurst.

Pusingan akhir turut melibatkan format tiga perlumbaan. Dua perlumbaan terawal melibatkan lumba pecut selama 15 minit dengan jentera FT-1 Vision Gran Turismo GR.3 di litar 7 km Spa Francorchamps di Belgium. Penentuan juara adalah melalui perlumbaan 40 minit di Fuji Speedway, dengan memandu jentera TS050 Hybrid (TGR) dan memerlukan pelumba untuk melakukan sekurang-kurangnya satu hentian pit wajib.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Disifatkan sebagai satu daripada siri perlumbaan dalam talian tempatan dengan hadiah paling lumayan, Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports menawarkan hadiah tunai sebanyak RM20,000, RM10,000, RM7,000, RM5,500, RM4,500 masing-masing kepada lima pelumba teratas.

Sementara itu, hadiah wang tunai bernilai RM4,000, RM3,500, RM3,000, RM2,500 dan RM2,000 turut menanti mereka yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 hingga 10. Bagi pelumba di kedudukan ke-11 hingga 20, mereka akan menerima wang tunai RM500.

Pelumba juga akan berpeluang memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM450 dan RM200 yang akan diberikan kepada pemenang tempat pertama dan kedua di dalam setiap daripada dua perlumbaan individu yang terlibat.

Pemenang tiga tempat teratas akan mewakili Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala GR GT Asia yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pasific (TMAP), yang akan mempertemukan pemandu pemandu handalan rantau ini.

Layari dan tonton semua perlumbaan bagi Kejuaraan GR Velocity Esports di laman Facebook dan Youtube Toyota Gazoo Racing Malaysia pada 18 dan 19 September 2021. Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my/tgrmalaysia. 

18 September 19 September
SEPARUH AKHIR    

STREAM 1  

(Kumpulan A)  

10.30am – 1.30pm

Perlumbaan  

Kumpulan 1: 

Separuh Akhir 

Perlumbaan 1 

Separuh Akhir 

Perlumbaan 2 

Separuh Akhir 

Perlumbaan 3 

Menampilkan  

Wawancara dengan pelumba separuh 

akhir 

Berbual dengan Dura GR, Tengku Djan Ley 

Berbual dengan 

Selebriti TGR

AKHIR  

  

STREAM 3  

3.00pm – 6.00pm

Perlumbaan 

Akhir – Perlumbaan 1 Akhir – Perlumbaan 2 AKhir – Perlumbaan 3 Perlumbaan 

Pertunjukan – Pelumba TGR dan Selebriti 

jemputan 

Menampilkan 

Berbual bersama TGR Rookie 

Berbual bersama 

Selebriti TGR

 

SEPARUH AKHIR    

STREAM 2  

(Kumpulan B)  

3.00pm – 6.00pm

Perlumbaan  

Kumpulan 2: 

Separuh Akhir 

Perlumbaan 1  

Separuh Akhir 

Perlumaan 2 

Separuh Akhir 

Perlumbaan 3 

Menampilkan  

Wawancara dengan pelumba 

Berbual bersama 

Selebriti TGR 

Berbual bersama Alex Yoong, Pengarah 

Perlumbaan

Berbual bersama Soloz, Penjahat, Daddy Hood

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply