ARKIB

KATEGORI

Buletin

200 kanak-kanak disleksia naik Mercedes-Benz ‘ronda-ronda KL’

Berita Tempatan

Views

Raikan 200 kanak-kanak disleksia dengan layanan `5 bintang’ dengan dibawa menaiki 38 kereta mewah Mercedes-Benz.

Itu antara pengisian program `Dyslexia Awareness Drive‘ melalui kerjasama Kelab Mercedes Benz W219 CLS Malaysia dan Mercedez Benz W204 Malaysia di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, program berkenaan dirasmikan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh itu diadakan bersempena Bulan Kesedaran Dyslexia Sedunia.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pengasas Persatuan Disleksia Malaysia, Jaldeen Mohd Ali berkata, objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat berhubung masalah disleksia.

Menurutnya, masyarakat masih tidak dapat membezakan antara kondisi disleksia dan autisme. Sekitar 60 peratus di kalangan penduduk Malaysia masih tidak memahami berhubung permasalahan disleksia.

Mereka ini adalah kalangan kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan untuk membaca huruf, perkataan dan nombor secara terbalik atau menghadapi masalah pertuturan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Menerusi program ini, pihaknya dapat membuka minda ibu bapa. Mereka (ibu bapa) perlu tahu masalah disleksia ini ada jalan keluarnya dan bukanlah pengakhiran bagi anak-anak.

Menurutnya, menerusi program itu, seramai 200 orang anak disleksia dibawa menaiki 38 kereta Mercedes-Benz dari Dataran Merdeka hingga ke Titiwangsa.

Selain itu, program ini turut membabitkan rancangan bual bicara, persembahan fesyen, karaoke, reka cipta, mewarna dan permainan yang memfokuskan kepada koordinasi anak disleksia.

Turut hadir pada program itu adalah pakar kanak-kanak, Dr Harminder Kaur, Penasihat Dyslexia Genius, Sariah Amirin dan pelajar Dyslexia Genius Youth Program, Melvin Tham.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dyslexia Genius Titiwangsa Centre

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply