ARKIB

KATEGORI

Buletin

23 lebuh raya tawar diskaun tol sehingga 30 peratus pada Hari Raya pertama – Menteri Kerja Raya

Berita Tempatan

Views

Semalam, Menteri Kerja Raya, Baru Bian telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan di 23 lebuh raya seluruh negara. Menurut Malaysiakini, diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula dari jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat :

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
  • Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
  • Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
  • Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  • Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu :

  • Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus
  • Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus
  • Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula jam 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply