ARKIB

KATEGORI

Buletin

23 vendor ECRL terima pengiktirafan dari CCC-ECRL

Berita Tempatan

Views

China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) baru-baru ini telah mengiktiraf sebanyak 23 vendor, termasuk perunding, pembekal dan subkontraktor yang terlibat dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menerusi Anugerah Kecemerlangan 2022.

Edisi ketiga anugerah itu, menjadi bukti kepada keupayaan dan prestasi pemain industri pembinaan tempatan dalam pelbagai bidang, seperti Pengurusan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Pengurusan Kualiti, Pengurusan Kemajuan, dan Peruntukan Sumber.

Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi berkata, anugerah kali ini mempunyai syarat yang lebih ketat. Walaubagaimanapun pihaknya dapat mengenal pasti 23 vendor cemerlang yang bukan sahaja berjaya memenuhi standard yang ditetapkan, malah lebih daripada itu.

Projek ECRL yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah merekodkan kadar kemajuan keseluruhan sebanyak 43 peratus setakat April 2023.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tahun 2023 adalah kemuncak bagi projek pembinaan ini dengan tapak kerja meningkat kepada lebih 1,200 di sepanjang jajaran dan memerlukan lebih daripada 23,000 tenaga kerja.

Projek ECRL terus mencatatkan kemajuan dengan dipacu oleh kerja pembinaan terowong, pemasangan rasuk jejambat, kerja penjajaran tanah, serta pembinaan stesen-stesen dan diikuti dengan pemasangan landasan kereta api.

Ketika ini terdapat 695 subkontraktor, 1054 pembekal dan 96 perunding yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,854 kontraktor tempatan mengambil bahagian dalam Projek ECRL.

Salah satu pemenang anugerah kali ini adalah syarikat Global Water Consultants Sdn Bhd yang telah sebagai kontraktor oleh CCC-ECRL bagi menyediakan kepakaran dan sokongan dalam pelbagai aspek kejuruteraan air.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Pengarahnya, John Lim Chee Kiang, mereka merasa sangat bertuah kerana dapat bekerja dengan CCC-ECRL. Pemenang berikutnya, Yusri Maju Sdn Bhd merupakan salah satu kontraktor yang beroperasi di Kelantan.

Pengarah Urusan Yusri Maju Sdn Bhd, Mohd Yusri Muhammad Nor berkata, Projek ECRL bukan sahaja telah meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat Kelantan, malah turut memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan dan pembangunan aktiviti perniagaan tempatan.

Bagi memastikan lebih banyak penyertaan daripada kontraktor tempatan, terutamanya kontraktor kecil tempatan dan Bumiputera daripada kategori Gred G1-G3, CCC-ECRL telah bersetuju dan komited untuk memperuntukkan peruntukan khas kepada kontraktor Bumiputera dalam kategori ini.

Ia bertujuan untuk memberi mereka peluang tambahan dan menyokong industri pembinaan secara keseluruhannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply