ARKIB

KATEGORI

Buletin

24 pelumba Vios Challenge dan Toyota C-HR bakal gegar Festival Toyota GAZOO Racing

Views

Seramai 24 orang pemandu yang terdiri daripada beberapa selebriti telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Sekolah Perlumbaan Vios Challenge dan menerima sijil kelayakan dari Toyota Racing Development (TRD) dari Jepun bagi melayakkan mereka berentap dalam perlumbaan sulung Vios Challenge, pada bulan Ogos nanti. Mereka telah diajar mengenai perkara asas seperti protokol keselamatan dan perlumbaan, teknik yang betul untuk mengendalikan kenderaan serta cara terbaik untuk mengekalkan garisan lumba.

Lapan pelumba selebriti yang bakal menggegar litar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pelakon Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick, penyanyi Geraldine Gan dan Danny Koo, penulis blog Venice Min serta beatboxer Shawn Lee. Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama juga akan turun beraksi bersama para selebriti di dalam Kategori Promosi semasa perlumbaan Vios Chellenge ini berlangsung.

Vios Challenge akan dibahagikan kepada tiga kelas perlumbaan, 10 pelumba akan bersaing di dalam Kategori Super Sporting manakala 17 pelumba lagi akan bersaing di dalam Kategori Sporting dan 10 orang pelumba lagi akan menyertai Kategori Promosi. Setiap kategori akan mempunyai dua pusingan, dengan mata akan diberikan bagi kedudukan tertinggi untuk setiap pusingan.

Laluan perlumbaan yang direka khusus sebagai litar dengan jarak 1.65km di Batu Kawan adalah di dalam reka bentuk stereng lumba dan mengikut arah pusingan jam. Ia akan menampilkan sembilan selekoh dengan laluan lurus terpanjang merangkumi 156m, memastikan laluan yang tersedia mampu memberikan cabaran perlumbaan yang sebenar.

Perlumbaan Vios Challenge akan menjadi acara utama ketika Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) yang akan bermula pada 12 dan 13 Ogos nanti bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Festival yang dibuka kepada umum secara percuma ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain termasuklah pertunjukan drift, persembahan selebriti, trak makanan, sesi pandu uji dan penampilan istimewa model terbaru akan datang, Toyota C-HR.

Untuk mengikuti perkembangan dan maklumat terkini berkaitan Vios Challenge anda boleh melayari laman web Toyota GAZOO Racing Malaysia atau ‘Like’ laman Facebook yang disediakan. Pengunjung juga boleh menyemak dan mengetahui promosi terkini bagi model-model Toyota di mana-mana bilik pameran berdekatan seluruh negara. Selain itu, bermula dari bulan Julai, promosi ‘Beli & Menang’ turut menanti di mana pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Tokyo Motor Show.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply