Keseronokan 26 individu melancong ke negeri ini dengan sebahagiannya turut membawa ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak tidak berpanjangan apabila kereta dinaiki ditunda ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang.
Menurut Utusan Online, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua kenderaan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik selain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, hasil pemeriksaan, sebanyak 55 saman dikeluarkan membabitkan 26 buah kereta yang telah dibawa ke IPK Melaka.
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
Tambah beliau, pihaknya telah mengadakan beberapa operasi berasingan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak 8 Disember lalu dan hasil serbuan sebanyak 26 buah kereta ditahan atas pelbagai kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pihak polis telah mengeluarkan 30 saman ke atas pemilik kenderaan terbabit manakala JPJ sebanyak 25 saman.
Turut hadir Pengarah JPJ negeri, Mohamad Firdaus Shariff dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Osman. Tambahnya, antara kesalahan dilakukan termasuklah mengubah suai enjin, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ekzos bising.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim
Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang ditahan merupakan pelancong luar termasuk dari Terengganu, Perak, Kedah, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.
Semasa penahanan dibuat ada di antara mereka ini datang melancong bersama ahli keluarga termasuk membawa isteri dan anak-anak selebihnya konvoi bersama rakan-rakan.
Tambahnya lagi, satu kumpulan kereta jenis Proton Satria turut ditahan ketika sedang menginap di sebuah rumah inap desa di Sungai Putat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
KOMEN TERKINI