ARKIB

KATEGORI

Buletin

3 jam tertinggal di dalam van, kanak-kanak autisme maut

Berita Tempatan

Views

Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lapan tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan selama tiga jam di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, di Seremban malam tadi.

Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu ditinggalkan tanpa sengaja oleh seorang pemandu van yang diberi tanggungjawab menghantar mangsa.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Beliau berkata, satu laporan polis berhubung kematian kanak-kanak autisme itu diterima pada pukul 7.46 malam tadi.

Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van tersebut.

Bagaimanapun, pemandu van pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Menurut Mohd. Said, sepanjang kejadian itu, van tersebut diletakkan di hadapan rumahnya dan apabila mangsa ditemukan, dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan telah meninggal dunia.

Jelas beliau, susulan daripada kes tersebut, polis membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemandu van berkenaan. Perintah tahanan reman ke atas suspek akan dimohon bagi mengenal pasti kejadian yang berlaku.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca sebenar kematian mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply