ARKIB

KATEGORI

Buletin

307 peserta konvoi motosikal kena saman

Berita Tempatan

View

Sebanyak 307 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang menyertai satu konvoi ketika sekatan jalan raya diadakan di Kilometer 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tanjung Malim, hari ini.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata SJR itu dilakukan apabila pihaknya mengesan satu hantaran tular di laman Twitter berkaitan sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Katanya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan motosikal itu bergerak secara berkumpulan dari arah utara dan selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim.

“Polis Daerah Muallim menggerakkan 28 pegawai kanan dan pegawai rendah mengadakan sekatan jalan raya di laluan berkenaan bagi pemeriksaan ke atas motosikal berkenaan.

“Operasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu merekodkan 307 penunggang motosikal disaman, manakala lima lagi saman ke atas lain-lain kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Mohd Hasni berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mengesan pelbagai kesalahan dilakukan penunggang motosikal termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi pandang belakang, nombor pendaftaran kenderaan tidak lengkap dan ‘fancy‘ serta ubah suai ekzos.

Mohd Hasni berkata, walaupun negara beralih ke fasa endemik dan aktiviti berkumpulan dibenarkan, tetapi polis mengingatkan orang ramai tidak melakukan perkara menyalahi peraturan serta undang-undang.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Peraktastic

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply