ARKIB

KATEGORI

Buletin

6 unit helikopter MD-530G dijangka mula dihantar pada suku pertama 2022

Berita Tempatan

Views

Penghantaran bagi perolehan enam helikopter jenis MD-530G sebagai aset untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka dilaksana pada suku pertama 2022, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Sinar Harian melaporkan, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, kesemua helikopter buatan McDonnell Douglas berkenaan diterima selepas memenuhi spesifikasi ditetapkan melalui pemeriksaan prapenghantaran (PDI) yang dijalankan wakil daripada kementerian itu, awal bulan ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Beliau berkata, pada proses PDI kali pertama sebelum dihantar ke premis OEM di Arizona, Amerika Syarikat pada Julai lepas, pasukan PDI menemui beberapa perkara yang memerlukan pihak syarikat menambah baik sistem pengisian helikopter itu.

Kementerian Pertahanan mengakui kelewatan perolehan itu dan telah mengambil langkah tegas serta sewajarnya bagi memastikan ATM menerima aset ini secepat mungkin, malah pengiraan jumlah tuntutan denda lewat harus dikenakan atas kelewatan ini.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Bagaimanapun, jumlah denda ini akan ditentukan selepas proses penerimaan helikopter MD-530G ini selesai dilaksanakan. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu pada Khamis.

Pada sesi perbahasan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) sebelum itu membangkitkan isu kelewatan perolehan aset pertahanan itu.

Rang undang-undang itu yang memperuntukkan sejumlah RM11,105,479,300 kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2022 diluluskan setelah dibahaskan 20 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply