ARKIB

KATEGORI

Buletin

600 mat motor ‘masuk jerat’ Ops Tutup Khas di LPT

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, lebih 600 ‘mat motor’ terperangkap selepas dua lokasi tumpuan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Temerloh, diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas hari ini. Dua lokasi menjadi sasaran operasi bersepadu selama tiga jam bermula 2 petang itu iaitu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang dan R&R Chenor.

Menurut Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Polis Traffik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, sebanyak 600 penunggang motosikal diperiksa dengan 358 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan melalui ops berkenaan, manakala 20 motosikal disita.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Beliau menjelaskan, antara kesalahan dikesan adalah lesen dan cukai jalan tamat tempoh, serta pengubahsuaian motosikal yang mengundang bahaya kepada penunggang dan pengguna jalan raya lain. Katanya, apa yang beliau kesali, ada yang sanggup menunggang motosikal tanpa brek belakang dan ini amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kenderaan lain.

Tambahnya lagi, pada masa sama, tiga penunggang motosikal dikesan berada di bawah pengaruh dadah dan daun ketum, manakala tujuh lagi kesalahan alam sekitar. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan seramai 12 pegawai dan 52 anggota  dalam Ops Tutup Khas ini, yang turut dibantu lima daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta 10 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Mohd Nazri berkata, melalui ops sama pihaknya mengesan ada yang menunggang secara dengan menunjukkan aksi berbahaya, selain berlumba antara satu sama lain. Kata beliau, LPT menjadi laluan popular bagi kumpulan motosikal dari Lembah Kelang yang berkonvoi setiap hujung minggu untuk ke Temerloh dan Kuantan.

Namun apabila pulang mereka berlumba dan menunjukkan aksi-aksi yang berbahaya. Beliau menasihatkan ‘mat motor’ ini supaya berlumba di litar Sepang dan bukannya di atas lebuh raya jika minat berlumba kerana kebanyakan mereka ini masih muda.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply