ARKIB

KATEGORI

Buletin

7 remaja bawah umur antara 31 individu ditahan kerana merempit pada hari pertama PKPD

Berita Tempatan

Views

Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyaksikan tujuh remaja bawah umur antara 31 individu ditahan dalam Op Khas Motosikal kerana merempit di Jalan Sultan Alaiddin, Bandar Sultan Suleiman, Klang.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata operasi bermula jam 5.30 petang hingga jam 10.30 malam tadi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelas beliau, pada 21 Jun lalu, polis baru menjalankan operasi tetapi mereka tidak serik walaupun pada hari pertama pelaksanaan PKPD. Ketika operasi ada yang cuba melarikan diri tetapi berjaya dikepung dan hasilnya 31 individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur ditahan.

Nurulhuda berkata, siasatan mendapati tujuh daripada 31 individu yang ditahan adalah remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan berumur 16 tahun. Kesemua individu yang ditahan adalah warga tempatan yang berumur antara 13 hingga 23 tahun.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dalam operasi itu katanya, 26 motosikal ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak polis. Sebanyak 76 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 20 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah Nurulhuda lagi, sebanyak 22 kompaun dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam tanpa hala tuju.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply