ARKIB

KATEGORI

Buletin

7 unit pertama MAN Truck Generation baharu dengan enjin Euro V diserah kepada pelanggan

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan kumpulan pertama kenderaan MAN Truck Generation baharu kepada pelanggan terawalnya di kilang pemasangannya di Serendah, Selangor.

Sebanyak tujuh buah trak, setiap satu dipacu oleh enjin dengan emisi rendah yang memenuhi standard Euro V, telah diserahkan kepada enam buah syarikat pengangkutan, dua daripadanya merupakan pelanggan MAN yang baharu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, pihaknya gembira dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan. Ini menunjukkan bahawa syarikat pengangkutan di Malaysia sanggup mengambil bahagian dalam usaha negara mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2050.

Berikut adalah antara syarikat menjadi pelanggan terawal MAN Truck Generation baharu:

  • LTS Distribution (M) Sdn Bhd, anak syarikat Lee Ting San Group dari Pulau Pinang – MAN TGS 4×2
  • Sim Aik Chan Trading Sdn Bhd – MAN TGS 6×4

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

  • Sea Hawk Global Lines Sdn Bhd – MAN TGX 6×4 dan MAN TGS 6×2
  • Timur Permai Haulage Sdn Bhd – MAN TGS 6×2
  • Rani Transport Sdn Bhd – MAN TGS 4×2 spesifikasi ADR (Agreement Concerning the International Carriage of Dangerous Goods by Road)
  • Globonus Sdn Bhd – MAN TGS 6×2 spesifikasi ADR

MAN Truck Generation baharu dengan enjin Euro V sebagai enjin standard merupakan rangkaian produk serba baharu yang menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan kemampanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply