ARKIB

KATEGORI

Buletin

8 kenderaan rosak dihempap bongkah batu

Berita Tempatan

Views

Lapan bongkah batu bergolek dari atas bukit sebelum menghentam lapan kenderaan di parkir pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di Ampang Jaya, malam tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.30 petang berhubung kejadian itu.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Katanya, pasukan dari Balai Polis Ampang Jaya, pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bergegas ke tempat kejadian.

Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdapat bongkah batu jatuh dari atas bukit dan menghempap kenderaan di parkir pangsapuri Taman Bukit Permai.

Pihak polis mendapati terdapat lapan ketulan bongkah batu menghempap lapan kenderaan dalam kejadian tersebut, tiada kemalangan jiwa berlaku.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut tidak mempunyai unsur khianat atau disengajakan setelah pihak bomba dan MPAJ membuat pemeriksaan di kawasan tersebut. Kes kejadian dianggap sebagai bencana alam.

Farouk berkata, polis tidak membuka kertas siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh seorang pengadu setelah kes kejadian diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain (ROA).

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan cuaca yang tidak menentu dan tidak meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok kerana kekerapan berlaku pokok tumbang disebabkan oleh angin kencang dan hujan lebat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply