ARKIB

KATEGORI

Buletin

9 unit model Honda bakal dimenangi oleh pemenang bertuah

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia ada berita baik untuk warga Malaysia! Sembilan (9) unit model Honda bakal dimenangi menerusi Kempen “Road to 900,000th Unit Milestone” yang dianjurkan sempena memperingati kejayaan mencapai 900,000 unit jualan pada suku ketiga 2019. Kempen ini juga menawarkan ganjaran kepada warga Malaysia bagi menghargai sokongan padu mereka kepada syarikat tersebut sejak dari awal penubuhannya.

Kempen ini akan diadakan di semua 90 pusat pengedar Honda seluruh negara, selain siri jerayawara yang akan bermula dari bulan Ogos hingga September 2019. Seluruh warga Malaysia dijemput untuk menyertai kempen ini dengan mendaftar butiran peribadi mereka menerusi kod QR atau melayari laman sesawang kempen ini. Pelanggan juga boleh mengunjungi pusat pengedar yang berhampiran dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diaturkan oleh Honda Malaysia untuk mendapatkan tiket pemberian.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Antara aktiviti tersebut termasuklah mencari dan mengambil gambar emblem nama Honda yang tersembunyi, memandu uji dan servis kereta Honda di mana-mana pengedar sah. Pelanggan yang membuat tempahan  atau mendaftar kereta Honda mereka mulai 1 Ogos – 22 September 2019 juga layak untuk menerima tiket tersebut. Lebih banyak tiket dikumpul, lebih tinggi peluang untuk menang!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata warga Malaysia yang bertuah bakal berpeluang untuk memenangi model-model seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City
Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya yang menjadikan mereka sebagai jenama kereta Bukan-Nasional Nombor 1 di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Ditubuhkan pada 2002, Honda Malaysia mempunyai banyak pencapaian cemerlang antaranya kejayaan menghasilkan model Pemasangan Tempatan (CKD) yang pertama, pengenalan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang seperti enjin turbo, Sport Hybrid i-DCD dan Honda SENSING. Malaysia juga merupakan satu-satunya negara selepas Jepun untuk memperkenalkan Sport Hybrid i-DCD.

Untuk mendaftar dan juga mendapatkan butiran lanjut menegai kempen ini, layari laman sesawang https://www.honda.com.my/microsite/900k atau laman Facebook rasmi Honda Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply