ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi KBSMalaysia beberapa jam yang lalu telah mengeluarkan satu kenyataan media daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Datuk Zaiton Othman berhubung isu pembatalan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Kenyataan tersebut memaklumkan PJS telah membatalkan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) pada 30 November 2018 kerana kegagalan mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.

Antara kesalahan yang dikenalpasti adalah tidak mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) yang mengandungi beberapa dokumen seperti minit Mesyuarat Agung, senarai ahli jawatankuasa, penyata kewangan tahunan yang diaudit, laporan aktiviti tahunan dan senarai keahlian yang gagal dihantar sejak tahun 2016.

Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana AAM masih tidak memberi kerjasama walaupun telah beberapa kali diberi surat peringatan dan tunjuk sebab. Justeru, PJS memutuskan yang AAM bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukan bermotor di Malaysia sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 20 Akta Pembangunan Sukan.

JOM BACA >> GEV Patagonia – ‘Motorhome off-road’ mewah untuk kembara lasak

Sebagai badan sukan yang telah dibatalkan, AAM tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

AAM telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan selaras dengan seksyen 21 akta namun ianya telah ditolak. Federation Internationale de l’Automobile (FIA) dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) telah mengambil maklum mengenai pembatalan AAM sebagai badan sukan bermotor Malaysia menerusi surat bertarikh 8 Mac 2019.

Sehubungan itu, peranan sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia akan diuruskan oleh badan sukan baharu yang akan dimaklumkan kemudian. Buat masa ini adalah dinasihatkan agar mana-mana pihak tidak berurusan dengan AAM sehingga badan pengelola baharu dimuktamadkan.

Semakin panas dan kalut isu ini, ramai yang akan terkesan akibat pembatalan AAM ini nanti. Apakah nasib sukan bermotor Malaysia dalam masa terdekat ini? Kami berharap isu ini diselesaikan segera. Adakah Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bakal mengambil alih peranan AAM nanti?

Nampak seperti ia semakin jelas. Apa pun kita sama-sama nantikan kesudahan isu ini. Sebelum itu, tonton video ini dulu.

Kontroversi AAM vs KBS: Rebut kuasa atau rebut Wang?

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply