ARKIB

KATEGORI

Buletin

Abai papan tanda amaran, punca trak pikap ‘ditelan’ lubang benam

Berita Global

Views

Sebuah trak pikap terjatuh ke dalam lubang benam di sebatang jalan di California, selepas pemandunya mengabaikan papan tanda amaran yang diletakkan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Beberapa imej yang dikongsikan menunjukkan trak berwarna putih itu terkandas di dalam lubang tersebut di Kasson Road, bandar Tracy.

“Kami tidak dapat membawa naik kenderaan itu. “Kejadian itu 100 peratus dapat dielakkan. Tiada alasan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Papan tanda amaran yang diletakkan amat jelas, boleh dilihat dan tidak terhalang,” kata Peronda Lebuhraya California (CHP) pada laman Facebook.

Pemandu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah dikenakan kompaun kerana mengabaikan papan tanda penutupan jalan. “Jalan ditutup. Papan tanda dan pagar penghadang diletakkan secara strategik untuk keselamatan anda.

“Jangan memandu di jalan yang ditutup. Jika anda melalui jalan yang ditutup, sila berpatah balik dan cari laluan alternatif,” ujar CHP.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Netomie Cardoza berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat apabila kenderaan itu ‘ditelan’ lubang benam.

“Kami melihat ke luar tingkap dan mendapati terdapat sebuah lagi kenderaan (terkandas). Ia tidak masuk akal kerana terdapat penghadang yang besar dan pemandu masih melalui jalan itu,” katanya.

Lima hari sebelum ini, sebuah sedan Volkswagen terjatuh ke dalam lubang benam sama selepas pemandunya mengabaikan papan tanda amaran. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply