ARKIB

KATEGORI

Buletin

Accord kini dengan teknologi Honda Sensing

Views

Honda Malaysia memperkenalkan Teknologi Keselamatan Tercanggih Generasi Masa Depan, Honda SENSING yang kini mula ditawarkan pada model Accord baharu yang kini menerajui jualan segmen-D di Malaysia. Accord  merupakan model kedua yang menerima manfaat teknologi canggih ini selepas CR-V baharu yang diperkenalkan pada bulan Julai tahun ini.

Accord 2.4 VTi-L Advance dengan Honda SENSING masih mengekalkan ciri-ciri premium yang pada model sedia ada, termasuklah lampu hadapan dan belakang LED. Ia turut dilengkapi dengan unit  Paparan Audio Termaju bersaiz 7-inci dengan i-MID yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto tersedia, dan Honda LaneWatch.

Dengan pengenalan Accord dengan Honda SENSING, ciri keselamatan termaju ini terdapat pada model SUV dan sedan dari Honda Malaysia dan ini juga selaras dengan strategi mereka untuk menawarkan lebih banyak lagi teknologi canggih dalam produk keluaran mereka pada masa akan datang.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada teknologi Honda SENSING adalah Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Tebatan Perlanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Keluar Jalan (RDM) dan Amaran Keluar Lorong (LDW). Ciri-ciri ini akan memberi amaran dan membantu pemandu untuk mengelakkan bahaya yang mungkin berlaku semasa berada di jalan raya.

Setakat ini lebih dari 5,500 unit Accord telah pun terjual dan sambutannya amat menggalakkan sejak ia dilancarkan pada September 2016. Varian 2.4 VTi-L menyumbang 25 peratus dari jumlah jualan manakala varian 2.0 VTi-L menjadi penyumbang terbanyak dengan 61 peratus dan selebihnya datang varian 2.0 VTi dengan 14 peratus.

Berdasarkan kepada permintaan dan kajian pasaran, Honda Malaysia hanya akan menawarkan dua varian Accord sahaja bermula November 2017, Accord 2.0 VTi-L masih kekal dengan harga semasa RM149,350* dan Accord 2.4 VTi-L Advance dengan Honda SENSING pula dijual pada RM169,800* dengan sedikit peningkatan harga .

Honda Malaysia bakal melancarkan model ke-enam dan yang terakhir untuk tahun ini, Civic Type-R pada hari ini sempena Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS, Serdang. Model produksi pacuan roda hadapan terpantas di dunia ini bakal menyertai BR-V, City, Jazz baharu, Jazz Hybrid baharu, CR-V baharu dan City Hybrid baharu dalam barisan model 2017 keluaran Honda.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply