Selepas model sedan elektrik Toyota bZ3 membuat kemunculan sulungnya di pasaran China, gergasi automotif dari Jepun itu masih ada satu lagi model misteri yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Menerusi foto acah terbaharunya, model tersebut bakal menjadi ahli ketiga dalam keluarga besar Toyota bZ dan ia kelihatan seperti sebuah liftback atau hatchback.
Jika diamati foto acah tersebut, siluet badannya hampir sama dengan model bZ3, namun ekornya agak sedikit ‘kontot’ dan kelihatan lebih ‘tonggek’.
Kami telah mengedit foto acah asalnya dan kelihatan imbasan jejalur lampu belakang melintang yang kelihatan sama dengan model SUV, bZ4X.
Menurut Toyota, ia merupakan salah satu model dari siri bZ yang sedang dalam pembangunan. Syarikat itu merancang untuk memperkenalkan keluarga model bZ, dengan enam daripadanya dijangka berasaskan pelantar e-TNGA.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Walaubagaimanapun, Toyota mengacah model baharu bZ ini pada hari yang sama keluarnya berita berkenaan syarikat sedang mengkaji semula strategi elektrifikasinya.
Toyota didakwa telah menggantung pengeluaran beberapa model kerana ia mempertimbangkan semula barisan EV masa depannya, yang boleh memperlahankan pelancaran kenderaan baharu tetapi membantu mengurangkan kos pembuatan.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berkenaan rangkaian kuasa model terbaharu itu dan mungkin lebih banyak informasi akan diberikan dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI