ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini generasi terbaru Peugeot 308?

Views

950x541xpeugeot-308-2014-04-950x541.jpg.pagespeed.ic.eWP6-CuMuk

Awas Volkswagen Golf! Kini pencabar terbaru anda bakal muncul. Menurut blog paultan.org ini adalah gambar rasmi generasi baharu Peugeot 308 yang akan diperkenalkan di Frankfurt pada bulan September. Difahamkan model ini dibina menggunakan platform modular EMP2, berukuran 4.25 metter panjang dan 1.46 meter tinggi, manakala ruang bagasinya mampu memuatkan sehingga 470 liter. Yang paling menarik berat model generasi baharu ini lebih ringan 140 kg berbanding dengan model sebelumnya.

Jika dilihat dari segi rekaan pula, model ini menampilkan rekaan yang moden dengan garisan lekuk badannya membuatkan model ini nampak lebih sporty dan bergaya. Rekaan dalamannya juga turut menyerlah walaupun kelihatan agak ringkas, tetapi penelitian dibuat dibeberapa tempat terutama sekali pada jarum speedometernya yang unik. Setakat ini belum dapat dipastikan spesifikasi penuh model ini dan bila ia akan dikeluarkan akan diketahui pada bulan September nanti semasa pelancarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply