ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini imej paten Geely Bin Yue X? Bakal jadi Proton X50 facelift?

Imej Paten

Views

Setelah memperkenalkan model Bin Yue PRO facelift 2021 yang dikemaskini, Geely bakal melancarkan satu lagi versi baharu untuk kembar Proton X50 ini. Beberapa imej paten Bin Yue dengan penggayaan luaran yang berbeza dengan Bin Yue PRO facelift 2021 telah dikongsikan oleh rakan kami Vanhoe Rage.

Jika diperhatikan, penggayaan luaran Bin Yue itu lebih cenderung ke arah gaya reka bentuk Bo Yue X yang diperkenalkan semasa Chengdu Auto Show.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Bo Yue X menampilkan jeriji hadapan ala ‘Dynamic ShieldMitsubishi, yang diadaptasikan dari bahasa reka bentuk baharu Geely yang dinamakan ‘Energy Storm‘. Gaya rekaan ini mula diperkenalkan pada model konsep Vision Starburst.

Bin Yue X ini menampilkan wajah yang lebih aggresif berbanding Bin Yue PRO facelift dengan elemen rekaan Energy Storm pada jeriji yang besar dan di dalamnya dihiasai corak berbentuk seakan gabungan berlian. Bentuk lampu hadapannya mengalami perubahan dan nampak lebih sporty dari model semasa.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Secara keseluruhan, reka bentuk Bin Yue X masih lagi sama dengan dengan versi semasa atau kembarnya di Malaysia iaitu X50. Namun, sedikit perubahan berlaku di bahagian lampu belakang yang lebih nipis dan bersambung antara satu sama lain.

Rekaan bampar belakangnya juga lebih garang dengan diffuser yang lebih menonjol, dengan empat corong ekzos berada di situ, sama seperti versi sebelumnya. Kelihatan rekaan bahagian atas bampar di bawah turut berubah dengan kehadiran sepasang pemantul cahaya di sisi kiri dan juga kanannha.

Kami suka gaya terbaharu Bin Yue X ini. Adakah eleman rekaannya akan mempengaruhi Proton X50 facelift nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vanhoe Rage

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply