ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

Info

Views

Kami tertarik dengan beberapa foto yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Aerodyne Group yang memperlihatkan satu model skala kecil yang berbentuk seperti sebuah kenderaan terbang yang boleh dinaiki oleh dua penumpang. Menurut laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan pula, model skala tersebut adalah ‘prototaip mobiliti udara’ yang kini dipamerkan di pavilion kementerian tersebut sempena LIMA2019, di Langkawi Kedah.

Mobiliti udara itu dikenali sebagai Vector’. Ia dibangunkan secara reka bentuk dan kejuruteraan oleh Aerodyne Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron. Vector dikatakan bakal menjadi penanda aras bagi pembangunan kereta terbang (aerocar).

Berbalik kepada Aerodyne, syarikat tersebut mempunyai pejabat di beberapa buah negara termasuklah Australia, Jepun, Malaysia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Syarikat antarabangsa ini dikatakan tersenarai dalam 10 syarikat pembekal perkhidmatan dron di peringkat global dan pernah menerima Augerah Kecemerlangan Malaysia 2018 dari Frost & Sullivan.

JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

Pada tahun lalu syarikat tersebut telah mencatatkan jumlah operasi penerbangan selama 46,200 jam. Sebanyak 201,500 jumlah aset infrastruktur telah diperiksa pada tahun lalu dan ia turut mencatatkan jumlah nilai pembangunan kasar penglibatan projek pembinaan sebanyak $80 bilion (RM325,480 bilion) pada tahun yang sama.

Nampak syarikat ini ada reputasi yang hebat, namun agak malang dan ‘melucukan’ kerana hanya model skala kecil yang dipamerkan sempena LIMA2019. Sepatutnya syarikat tersebut mengambil peluang ini dengan mempamerkan setidak-tidaknya model skala sederhana atau besar yang mampu terbang untuk memukau para pengunjung ke pameran itu.

Ia sekaligus membuat kita agak ‘was-was’ dan skeptikal dengan projek kereta terbang ini, betul tak? Majoriti warganet turut memberi komen berbaur sindiran mengenai foto-foto tersebut. Kami sebenarnya tak sabar nak tengok macam mana rupa sebenar kereta terbang pertama Malaysia itu nanti. Tunggu!

JOM BACA >> GEV Patagonia – ‘Motorhome off-road’ mewah untuk kembara lasak

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aerodyne Group

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply