ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini Peugeot 208 generasi baharu?

Berita Global

Views

Beberapa foto bocor yang dikatakan model generasi baharu Peugeot 208 kini mula tular di laman-laman sesawang automotif global. Model hatchback kompak ini dijangka menarik minat pasaran Eropah dan ia ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin, sama ada petrol, diesel termasuklah elektrik (EV) sepenuhnya.

Mungkin kereta berwarna biru itu adalah varian EV kerana dalam salah satu foto memperlihatkannya sedang dicas selain jeriji hadapannya yang berwarna biru. Gaya reka bentuk 208 generasi baharu kini lebih kemas dan bersih tanpa lekuk-lekuk badan yang keterlaluan.

Rekaan sebegini telah diperlihatkan pada dua model baharu Peugeot sebelum ini iaitu 308 dan 508. Paling ketara pada bahagian muncungnya yang menampilkan sepasang lampu nyalaan siang LED (DRL) yang seakan-akan berbentuk taring atau kesan cakar. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Walaupun di luar rekaannya tidaklah sebegitu ekstrem, namun kami menyukainya dan ia akan diterima baik serta kena dengan citarasa orang Eropah. Tetapi yang paling mengujakan kami sebenarnya adalah rekaan dalamannya yang bercirikan futuristik.

Sudah pasti stereng bersaiz kecil akan menghiasi papan pemuka selain panel meter digital yang digabungkan dengan permainan tona gelap (hitam) dan disuntik sedikit kemasan krom pada beberapa bahagian. Model yang dibina dari pelantar CMP dari PSA ini bakal berkongsi penjana kuasa elektrik yang digunakan pada DS3 Crossback E-Tense untuk varian EVnya.

Nadi elektrik ini menggabungkan sebuah motor elektrik yang mampu menjana 134 kuasa kuda dan pek bateri berkapasiti 50kWh. Ia mampu menggerakkan kereta ini sejauh 300km untuk sekali cas penuh mengikut piawaian baharu WLTP. Peugeot 208 generasi baharu ini bakal membuat kemunculan sulungnya pada 5 Mac ini di Geneva Motor Show. Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply