ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah kombo Akauntan-Jurutera mampu mengubah Proton?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

  • Dato’ Ahmad Fuaad Mohd Kenali, ialah seorang akauntan yang dihormati dan pernah menjadi rakan kongsi salah satu daripada empat firma akauntan global terbesar di dunia pada umur 31 tahun.
  • Dato’ Radzaif bin Mohamed pula seorang jurutera berkelulusan dari University of Leeds dan Cranfield Institute of Technology dengan ijazah Masters dan sudah lama berkecimpung dalam industri.

Hakikatnya Proton sekarang sedang hidup dengan talian hayat yang entah ke berapa dari DRB Hicom. Pada tahun kewangan 2015-2016 yang akan berakhir pada hujung bulan Mac, Proton dijangka akan mengalami limpahan dakwat merah.

Sejak mengalami kemerosotan pasaran yang teruk dari akhir 2014, Proton seolah-olah tidak berupaya untuk mengubah keadaan dan para pemerhati industri menjangkakan Proton akan mencatat kerugian beratus juta tahun ini.

Dalam minggu ini ada laporan menyatakan bahawa DRB Hicom sedang mencari pinjaman sebanyak RM1.7 billion bagi membantu kecairan kewangan di Proton yang sedang membuat pelaburan besar untuk menghasilkan tiga model baharu hasil sendiri, satu model baru hasil kolaborasi dengan Suzuki dan satu keluarga enjin GDI.

CEO pertama di Proton di bawah DRB Hicom dulu, Dato’ Lukman ialah seorang akauntan dan terkenal juga garangnya. tapi entah kenapa tak jalan juga.

Lepas tu DRB cuba taktik lain, hantar Mr. Nice Guy, Dato’ Abdul Harith Abdullah yang dulu pernah bekerja dengan Proton sebagai pereka pada tahun 1990an. Mr Nice Guy pun tak boleh menjana perubahan nasib Proton.

Sekarang DRB mencuba kombinasi akauntan dan jurutera pula.

Dato’ Ahmad Fuaad Mohd Kenali ni memang akauntan yang paling berpengaruh, umur 31 tahun dah jadi rakan kongsi dalam salah satu daripada empat firma akauntan global terbesar di dunia dan dari situ dia bergerak ke beberapa jawatan CFO hinggalah menjadi CFO di Astro sebelum menyertai DRB-Hicom.

Manakala  Dato’ Radzaif bin Mohamed pula berkelulusan ijazah dari salah satu universiti kejuruteraan mekanikal terbaik di UK iaitu Leeds University dan dari situ beliau melanjutkan pengajian ke satu lagi institut kejuruteraan yang berprestij, iaitu Cranfield Institute of Technology hingga mendapat ijazah Sarjana ataupun Masters dalam bidang tersebut.

Sekarang dah ada kombinasi akauntan untuk menjaga duit dan memastikan perniagaan tidak boros dan mengikut sistem yang mampan dan juga jurutera yang boleh memastikan proses rekabentuk dan penghasilan kereta mengikut amalan terbaik global dan bukan syok sendiri.

Proton mengharapkan dan memerlukan perubahan yang drastik dalam masa terdekat untuk memastikan mereka boleh terus wujud dan tidak tersungkur akibat kehilangan pasaran dan kelemahan lain.

Tugas yang perlu digalas oleh Ahmad Fuaad dan Razaif bukanlah ringan dan kalau ditawarkan kepada mereka yang layak, belum tentu ramai yang mahu menyahut cabaran ini.

Keadaan sekarang

Dalam keadaan Proton dijangka melaporkan tumpahan dakwat merah bernilai ratusan juta dalam laporan untung rugi tahunan yang berakhir pada 31 Mac, syarikat automotif pertama Malaysia berada dalam keadaan tidak menentu dan ada yang menjangkakan ia mungkin tidak dapat diselamatkan.

Pada pandangan kami, keadaan Proton memang kritikal dan mereka bukan sahaja perlu menambat hati pembeli tetapi juga meyakinkan pembekal, pekerja, pengedar, ejen lepas jualan dan seluruh rantaian perniagaan untuk memastikan kesemua mereka menyokong usaha baharu ini.

Dalam keadaan sekarang, semangat juang yang wujud di dalam syarikat bergolak dan tidak sekata. Ada ketika mereka bersemangat dan ada masanya seolah-olah sudah patah sayap. Situasi yang berbeza juga terdapat di bahagian yang lain. Ada bahagian yang bersemangat, ada yang merasakan tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi untuk meningkatkan keyakinan pembeli.

Apakah perubahan besar yang boleh dilakukan oleh dua jurumudi baru ini dalam masa yang terdekat untuk memulihkan keyakinan semua pihak bahawa Proton ialah syarikat yang dinamik dan mampu memberi kebaikan kepada semua dan wajar diselamatkan.

Sekiranya keadaan Proton terus merosot, ianya bukan saja akan mendatangkan risiko kepada syarikat, tetapi juga kepada konglomerat DRB-Hicom yang kini pun, terpaksa menampung kekurangan kewangan di Proton.

Dalam laporan beberapa portal berita, DRB-Hicom dikatakan sedang mencari pinjaman sebanyak RM1.7 billion bagi membayar kos pembangunan tiga model baharu dan juga menyokong aktiviti rangkaian jualan dan selepas jualan.

Bukan sikit-sikit punya duit nak kena pinjam dan tampung Proton ni. Rasanya DRB-Hicom tak boleh bertahan lama kalau keadaan tak berubah.

Apa yang perlu berubah?

Tahap perkhidmatan harus ditingkatkan, terutamanya perkhidmatan selepas jualan.

Kualiti kereta Proton sudah meningkat, walaupun masih jauh sebatu lagi dari kualiti kereta Jepun, namun sudah ada peningkatan dan dari segi teknologi pun kita sudah ada kelebihan dalam aspek keselamatan. Tapi walau bagus macamana pun kenderaan yang dihasilkan, kalau khidmat selepas jualaan masih lagi, macam kata Datuk Harith, ‘like shit’, sampai bila pun orang akan tidak puas hati dengan Proton.

Setiap jenama menghadapi massalah kualiti kerana kereta ialah produk yang kompleks dan beribu komponen boleh gagal dan memerlukan perhatian. Walaupun kereta mempunyai masalah, perkhidmatan selepas jualan yang baik mampu menenangkan pembeli dan memudahkan mereka memaafkan dan memahami bahawa kesilapan, kadang- kalanya tidak dapat dielakkan.

Mungkin orang lain tak setuju, tapi pada saya, inilah perubahan paling penting yang perlu dilakukan oleh Proton.

Kedua, Proton perlu mempertingkatkan keupayaan meneliti pasaran

Ini ialah proses paling kritikal dalam menenetukan model masa depan sesebuah syarikat. Sebagai contoh, pengkaji pasaran di Porsche menjangka bahawa syarikat itu boleh menjadi lebih berjaya sekiranya mereka menghasilkan SUV, bukan sedan, bukan Grand Tourer dan bukan kereta sport yang lebih laju dan hebat.

Walaupun SUV tu jauh dari kereta sport dan dekat dengan lori, namun ianya satu keputusan yang tepat berdasarkan kehendak pasaran dan keupayaan jenama tersebut untuk mendapatkan pembeli dalam segmen tersebut.

Maaf kalau bahasa saya kasar, tetapi Proton tak boleh lagi buat kereta syok sendiri kerana kereta yang tidak memenuhi kehendak pasaran tidak akan dapat menjana pendapatan. Kita bukan kritik produk tak bagus atau rekabentuk tak bagus atau spesifikasi lapuk tapi kesemua ini perlu menjadi pemacu jualan.

Pasaran di Malaysia masih lagi sensitif dengan harga kerana harga jualan kereta di Malaysia tinggi jika dibandingkan dengan gaji purata rakyat negara ini dan majoriti masih lagi membeli kereta dengan mengambil pinjaman dengan tempoh pembayaran balik paling panjang demi memastikan bayaran bulanan berada dalam lengkok kemampuan pembeli.

Kalau Proton boleh hasilkan satu SUV bertaraf Porsche Cayenne sekalipun, jenama Proton tidak cukup gah untuk meyakinkan pembeli jika ianya melebihi tahap harga tertentu. Realitinya Proton masih dianggap sebagai jenama mampu milik, maka jadilah jenama itu.

Mampu milik tak semestinya murah tetapi ia semestinya menjanjikan nilai yang terbaik untuk wang yang dibelanjakan dan ianya juga berpaksikan harga maksimum yang tertentu.

Penghasilan model Suprima S dan Iriz selepas Proton dimiliki oleh DRB-Hicom menjadi bukti bahawa pelancaran produk baharu bukanlah jaminan untuk mencapai peningkatan angka jualan yang besar. Proton perlu bermuhasabah dan mencari apa kesilapan yang telah berlaku.

Proton perlu memperkasakan PROSES

Proses bukan segala-galanya. Proses memang menghadkan kebebasan. Tetapi Proses juga mampu memastikan keputusan minima yang boleh diterima pakai oleh semua pihak.

Proses ini penting.

Sebagai contoh, jika proses penghasilan model baharu berasaskan langkah-langkah yang mantap dan mampu memastikan produk yang dihasilkan adalah yang paling sesuai untuk passaran maka adalah sukar untuk mana mana pihak mengubah fikiran tanpa mendapatkan validasi untuk keputusan baharu menerusi proses yang sama.

Sekiranya keputusan yang dibuat oleh syarikat adalah tidak mengikut proses yang mantap, sudah tentu sukar untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten dan mengikut acuan yang telah ditetapkan.

Perbaiki komunikasi dalam syarikat

Komunikasi penting bagi memastikan semua masalah yang timbul dapat dikongsi bersama dan diselesaikan sebelum ianya menjadi nanah di pasaran.

Dalam menghasilkan sebuah kereta, berpuluh ribu masalah perlu diselesaikan. Masalah bukan petanda kekurangan seseorang tetapi ianya adalah hakikat yang berlaku dalam proses menghasilkan apa sahaja produk secara massa dan komersil.

Semua warga Proton perlu diberi ruang untuk berkongsi masalah dan penyelesaian tanpa berasa takut dimarahi atau dipersalahkan. Ini satu sikap yang wajib dimiliki oleh semua syarikat, terutama sebuah syarikat kereta yang memerlukan puluhan ribu pekerja untuk menghasilkan sesuatu produk.

Proton perlu sedar bahawa perkongsian masalah adalah satu tabiat yang membantu syarikat untuk memperbaiki prestasi mereka.

Kos produksi Proton perlu dikaji semula

Saya rasa Dato’-Dato’ tahu bahawa kos produksi Proton adalah tidak kompetitif di Malaysia, apatah lagi di rantau ASEAN dan jauh sekali jika dibandingkan dengan semua pemain di pentas dunia.

Perodua telah berjaya mengurangkan kos sebanyak 30 peratus dan mereka lakukan ini sebanyak dua kali, ini bermakna syarikat tersebut kini membayar kurang dari 40 sen untuk setiap RM1 kos komponen yang dibayarnya 12 tahun lalu.

Ini bukan pendapat saya tetapi kenyataan yang dibuat berulang kali oleh Perodua di pelbagai sidang media tentang prestasi syarikat.

Mungkinkan Proton bersaing sekiranya kos komponen yang digunakan tidak kompetitif? sudah tentu tahap keuntungan yang dinikmati oleh syarikat lain tidak boleh dirasai oleh Proton.

Kualiti bukan satu opsyen

Kualiti ialah satu sifat wajib bagi setiap kereta yang dihasilkan pada abad ke-21 ini. Proton perlu mencapai tahap kualiti minima dalam industri kerana segmen mampu milik juga mementingkan kualiti.

Pembeli tidak mahu kereta yang baharu dibeli mula compang-camping dan terkopak sana sini atau menghasilkan bunyi entah dari mana. Kualiti bukan satu kemewahan, ianya adalah tanggungjawab Proton kepada pembeli dan tidak boleh bertolak-ansur dalam hal ini.

Selamat bertugas kepada Datuk Ahmad Fuaad dan Datuk Radzaif

Sebagai seorang pemerhati industri automotif yang mahukan Proton berjaya, saya do’akan agar Dato’ berdua berjaya mengembalikan Proton ke era membuat untung, kalau pun bukan zaman kegemilangan.

Janganlah berasa segan silu untuk menjemput kawan-kawan dari Media yang sedia berkongsi pendapat dan idea untuk memperbaiki keadaan di Proton.

Kami bukan meminta semua pendapat kami dijadikan asas untuk bertindak, kami bukan pakar tetapi kami hanya sekadar mahukan industri automotif negara yang bertenaga dan dinamik kerana ia menjadikan kerja kami lebih menarik.

Selamilah semua situasi di Proton dan carilah penyelesaian yang lebih komprehensif demi kejayaan semua warga Proton.

featured image - artikel analisis ceo proton baru

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

32 Comments


  • …umur 31 tahun dah jadi rakan kongsi dalam empat firma akauntan global terbesar…

    Saya nasihatkan supaya admin belajar fahamkan dulu maksud “bog-four” tu dan konteksnya sekali. Kalau nak berjaya, janganlah menulis sambil lewa sedangkan diri sendiri pun tak faham apa yang sendiri baca.

    Nasihat Ikhlas.


  • mungkin mr belajar lagi boleh jelaskan aper kesalahan konteks di situ sbb den pun xmemahami aper kesalahannya.

    penulis, mr shamsul yunos nih,org lama dlm kewartawanan terutama automotif dan menjadi sifu kepada beberapa penulis terkenal antaranya mr hezeri samsuri,ex chief editor topgear malaysia yg kini di careta.my.

    mungkin lebih baik dijelaskan aper kesalahan supaya sama sama den ngan pembaca yg lain boleh belajar.


  • lagipun,dato’ ahmad fuad nih mmg bekas partner kepada ey(earnst n young) yg merupakan salah satu big four audit&accounting company.

    itu yg den xpaham salah tu dimana,klu terangkan,barulah sama2 bleh belajar.


  • …umur 31 tahun dah jadi rakan kongsi dalam empat firma akauntan global terbesar…

    Senang kalau just cakap yang beliau merupakan …bekas partner dalam SALAH SATU DARI empat firma….. Ayat asal kat atas tu maksudnya tak sama langsung dengan maksud sebenar. Kan lebih mudah sikit nak faham kalau tulis jelas-jelas sikit.


    • oic,dah faham,kesilapan direct translation big four menjadi empat firma. den pun terlepas pandang sbb den paham big four tuh aper,sbb kat atas dah tulis big four,jadi xperasan bile di melayukan menjadi direct translation

      den rasa penulis faham big four aper,cume time translate jadi gitu,lagipun dulu penulis menulis dalam bahasa inggeris mahupun dalam video.

      teguran yg bagus. kadang2,ada terlepas pandang bile menulis ke bahasa melayu,sbb bukan senang nak translate,lebih2 klu review kereta.


  • Anyway, saya mengharapkan beliau dapat menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau dalam pelbagai syarikat sebelum ini, termasuk pengalaman ketika bersama EY sebagai partner.


  • admin web ni pun kadang2 tulis syok sendiri…
    kan dh kena tegur… nak kencing pun kena la tgk jugak tempat…

    proton kalau nak maju, pastikan produk tu baik dari segi rekabentuk, kualiti dan prestasi. tàk boleh lari sebab main market player dpt hasilkan kereta yg sgt2 hebat pada kos rendah dgn kualiti yang diterima pengguna.

    rakyat Malaysia akan beli proton sebab buatan Malaysia..tapi ramai marah kerana Proton buat kereta cincai dan jual utk dpt untung dgn cara memperbodohkab rakyat pada waktu dahulu.

    hari ini, iriz kita tgk makin bnyk di jalan raya.
    bukan proton tk bagus, tapi org2 yg ada di atas tu buat kerja nak isi perut sendiri tanpa ada semangat memajukan syarikat dan bangsa mcm org Jepun.

    strategi pemasaran Proton yang tidak cekap dan pengeluaran terhad untuk global menjadikan proton gagal nak raih untung besar.

    tak salah kalau proton lancar Proton Saga di India.. dan tak salah kalau Proton Persona dilihat tk sama langsung dengan iriz di bagaian hadapan dan belakang…

    proton kena ada model hybrid utk persona dan preve… electric car lambat lagi utk pengguna terima..

    exora replacement tu buat la setaraf Wish atau Estima…. kalau tk boleh jugak..buatlah setaraf Nissan Vennet…huhu..

    kenapa proton tk umum jumlah tempahan Perdana baru? xdpt sambutan ka?

    produk proton lebiv bagus dari perodua tapi org sanggup beli perodua sebab percaya pada perodua.

    Proton perlu percayakan pengguna.
    Berhenti jadikan setiap model baru eksperiman yang xsudah2 bagi proton….

    Selamat Maju Jaya Proton.
    Terima kasih Tok Det.


  • Saya bukan pakar pengurusan dan xpernah mempunyai perniagaan sendiri. Ini cuma pendapat saya yg mungkin xberapa betul tapi mungkin blh dipertimbangkan oleh tuan punya Proton – DRB.

    Pada pendapat saya, Proton perlukan seorang pengurus (CEO) yang betul-betul ada Visi dan bukan seorang yg setakat makan gaji saja. What Proton needs is Not a manager. What Proton needs is a Visionary.

    Samada org tu berpengalaman dlm bidang kereta xpenting, pada pendapat saya, asalkan dia ada pengalaman menguruskan syarikat. Sebaliknya org tu mesti mempunyai sebuah Visi yg jelas dan realistik dan 110% kepercayaan terhadap Misi dia di Proton. Dia sepatutnya di Proton bukan sebab dia diarah ke sana – sepertimana semua CEO sebelum ini – tapi betul-betul yakin terhadap “masa depan” Proton.

    Untuk itu, DRB dan pengerusi Proton harus bersikap terbuka dan tidak mengambil calon CEO hanya berdasarkan warna kulit atau warganegara orang tersebut, seperti yg Tun M cakap hanya org Malaysia saja boleh jadi CEO Proton. Itu tidak munasabah. Org Jepun dan Korea yg sgt nasionalistik pun mengizinkan org “luar” jadi CEO syarikat kereta mereka – Mazda, Nissan, Hyundai-Kia. Yg penting adalah kejayaan syarikat di tahap dunia. Bila syarikat dh berjaya, nama negara yg masyhur. Semua org tau tu syarikat Malaysia CEO tu bangsa apa siapa kisah.

    Tambahan pula, bila Proton melantik CEO semacam tu, dia perlu ada “free hand” utk menjalankan tugas dia dan tidak dikongkong oleh kerajaan atau kuasa-kuasa politik, asalkan dia tidak menjualkan Proton. CEO baru ini harus ada kuasa penuh utk melantik pembekal yg betul-betul berkaliber dan buang pembekal yg tidak berkualiti, dan bukan dipaksa berususan dgn syarikat pembekal yg ada kaitan politik.

    Harus diingat, objektif kita satu saja – iaitu kejayaan Proton. Proton hanya dapat diselamatkan kalau ia tidak terus dibebankan dgn objektif remeh-temeh seperti membangunkan industri kereta tempatan (dipaksa membeli parts dari pembekal tempatan walaupun mahal dan xberkualiti) atau menjadi alat kerajaan utk mengaji seberapa banyak graduan universiti tempatan.

    Proton hanya dapat berjaya kalau ia diuruskan sebagai sebuah syarikat swasta yg betul-betul dan bukan GLC. Tidak ada GLC yg mampu bersaing dgn sektor swasta kecuali kerajaan bagi GLC tu monopoli.


  • Hahahaha…letak la sapa pun..hahahaha…sedihla ngan p1 nie..jadi medan ujian ceo2 baru plak…..lenkali tanya sendiri dgn architech downfall p1, en gedebe apa yg dia dah buat jahanamkan p1 utk solve the issue..just reverse the decision 16 – 18 tahun lepas


  • Mmm… tukar ceo lagi?.. apa2 aje la tun M. Bagi sy dulu DSZ adalah yg terbaik. Hehe… janji pmbangunan model2 baru proton terus menampakkan pembaikan sudah lee 🙂 dulu proton ada jawatan pengarah urusan, pengerusi n ceo2. Bila DRB ambil alih, tun M jadi pengerusi. Jawatan pengarah urusan di tiadakan. Tun jadi one man show. Yg ada ceo2 yg kena ikut cara kerja tun M. U x ikut arahan, siap ar kena tukar.. ekeke. Mmg style tun m cengitu. Tengok aje dlm senario politiknya… tengok balik masa pelancaran iriz lewat dari perancangan asal. Bulan 4 patut lunch ditunda ke bln 10, 11. Akibatnya terpaksa bersaing dgn pelancaran perodua axia yg dekat2 yg ternyata memberi idea yg lebih baik dlm strategi pemasaran kereta baru. Dlm tempoh tu dato lokman resign.

    Nie perdana baru yg patutnya launch bln 1 ditunda ke hujung bln 3. Tukar lagi dato harith dgn ceo baru… kesimpulannya x perform jer kena la tukar. Penundaan model2 baru yg dirancang akan menggagalkan strategi pemasaran proton di masa depan. Bayangkn ada 2, 3 model yg patutnya akan keluar dlm tahun 2016 nie. Kalau x ikut schedule, proton akan banyak terlepas peluang lagi dan pesaing juga akan amik peluang nie melalui strategi baru mereka.

    Tu la tun M… sebagai majikan jgn sekali2 mengabaikan potensi berbanding agenda sendiri. Tun M mmg hebat. Kn bagus demi proton, tun juga patut ada pengarah urusan hebat seperti DSZ yg patutnya akan banyak membantu tun M n tugas menaikkan reputasi proton? Hanya kerana dia punyai idea berbeza tun tolak dia? Nk cari yg terbaik dikalangan terbaik bukan senang… tu yg bertukar2 ceo tu kn? Anyway, all the best kat tun n proton…

    cheers!


    • Kalau melihat senario politik yg membabitkan Tun M, adakah pelancaran perdana baru akan ditunda lagi? Minggu ni merupakan minggu terakhir bulan Mac. Dan sepatutnya sebelum habis minggu ni akan dilancarkan kereta berkenaan.


    • Keputusan menukar CEO bukanlah ditangan Tun M, tetapi ahli lembaga pengarah(BOD).. Jawatan Tun M juga boleh/akan ditamatkan bila masa tanpa mengikut kontrak oleh Ali lembaga pengarah DRB iaitu syarikat induk kepada Proton.. Jawatan BOD Proton juga tertakluk kepada keputusan BOD Dari DRB


      • Mmm… dan sekiranya DRB adalah proksi tun M?… Mugkin la jawatan pengarah urusan ditiadakan di bawah DRB bukan sebb tun M jadi Pengerusi Proton… kebetulan kot…:(

        Cheers!


      • @ A Pang

        Ko faham ke maksud perkataan executive yang ko siap tulis sebagai “executive” tu? Cuba ko explain sikit.

        Apa kena mengena pulak perkataan “executive” tu dengan seseorang tu pegang saham atau tidak?

        Lain kali cakap jangan main hantam ajer bai.


        • Betul la tu. chairman yang dilantik, kalau tak paham belajar lagi

          Executive chairman – An office separate from that of CEO, where the titleholder wields influence over company operations, considered the top position of that institution, outranking the chief executive, and is responsible for leading the board and representing the company in meetings with government figures.

          The non-executive chairman’s duties are typically limited to matters directly related to the board, such as

          -Chairing the meetings of the board.

          -Organizing and coordinating the board’s activities, such as by setting its annual agenda.

          -Reviewing and evaluating the performance of the CEO and the other board members.

          Chairman yang ada saham macam Chung mong koo ada saham dalam Hyundai motor group sebanyak 5.2%

          copy paste

          belajar lagi belajar lagi belajar lagi


        • eeehhhhh…….!!!
          bukan Preve ‘executive’ ke???
          bukan Exora ‘executive’ ke???
          bukan Suprima s ‘executiv’e ke???
          atau Iriz ‘executive’ ke???

          hahahahaha LOL

          B.S


        • Hang pi belajaq lagi la

          Jawatan pengerusi executive / tidak executive dilantik/ditamatkan oleh lembaga pengarah dalam mesyuarat

          Pengerusi Hyundai motor group Chung mong koo ada saham dalam Hyundai motor group sebanyak 5.2%

          Seseorang pengerusi yang memiliki saham boleh juga melalui syarikat milik penuhnya membeli atau memiliki saham dalam syarikat berkaitan

          Belajaq lagi la


  • bagi saya, proton telah banyak peningkatan di bawah DSZ. Beliau merupakan CEO yang mempunyai visi dan misi serta “passion” terhadap dunia automotif berbanding CEO proton selepas itu yg mana mereka lebih banyak melibatkan diri dalam aspek pengurusan korporat.

    Sekiranya proton mempunyai seorang CEO seperti DSZ, saya yakin proton mampu lebih maju. Tinggal lagi mereka perlu mencari seseorang yang mampu menjual jenama proton di peringkat global. Sebagai contoh, lihat saja bagaimana Tony fernandes memasarkan jenama AirAsia sehingga sehingga dikenali ramai. Proton memerlukan seseorang seperti itu bagi menjadikan jenama proton sebagai jenama global.


  • Setuju dengan komen di atas. DSZ adalah CEO terbaik proton pernah ada. Waktu dialah Savvy ekor penyu diberi penampilan yang lebih okay dan Saga BLM dikeluarkan. Kalau takde saga blm memang dah lingkup Proton sebab jualan utama datang dari model tu. Preve dgn Iriz tak sempat DSZ lancarkan sebab DRB-HICOM ambil alih. Tapi tekonologi baru yang diperkenalkan pada Preve dan Iriz datang waktu dia jadi CEO.

    Nak tau hebat tak hebat model Preve, cuba buat test skidding antara Preve, City dan Vios (model sebelum ni). Anda jangan terkejut kalau Preve senang2 kalahkan City dan Vios.


  • Apa Nasib Proton Selepas Tun M Tandatangan Deklarasi Rakyat?

    KUALA LUMPUR: Syarikat automotif negara, Proton, nyata sukar meneruskan legasinya tanpa bantuan kerajaan lebih-lebih lagi selepas ianya kini diteraju oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2014.

    Pengendali blog Rockybru, Datuk Ahirudin Attan berkata, sejak awal penglibatan semula Dr Mahathir ke dalam Proton, ramai dari kalangan ahli syarikat tersebut tidak bersetuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu.

    “Bila Dr M (Mahathir) mengambil jawatan Pengerusi Proton daripada (Tan Sri) Khamil Jamil pada Mei 2014, saya memberitahu beberapa orang beliau sepatutnya tidak perlu (kembali ke Proton). Ianya akan menyukarkan syarikat. Malah ada dari kalangan dalam Proton masih bersetuju dengan saya. Sesetangah, bukan semuanya.

    “Terutama selepas Deklarasi Rakyat yang mengejutkan minggu lalu melibatkan Tun Mahathir, Lim Kit Siang, (Datuk Seri) Azmin Ali, S Ambiga, Mat Sabu, (Datuk) Zaman Khan, Ku Li dan lain-lain,” katanya di laman rockybru.com.

    “Bukan saya seorang sahaja tertanya-tanya berapa ramai dari 12,000 pekerja Proton telah menandatangan atau akan menandatangan kononnya Deklarasi Rakyat oleh Pengasas atau Pengerusi (Proton),” soalnya.

    Ujarnya, kebergantungan Proton kepada kerajaan untuk kekal berada didalam industri sangat tinggi walaupun syarikat itu kini sudah diambil alih oleh Kumpulan DRB-Hicom milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

    “Malah, ianya sangat dipercayai bahawa Proton – atau, mungkin, keengganan Najib Razak melabur wang seperti diminta oleh Dr M – salah satu sebab mengapa Tun Sangat mahukan anak kepada Tun Razak disingkarkan selama-lamanya.

    “Banyak perkara mengenai Proton dilepas pandang sejak kebelakangan ini. Dan kini, ada beberapa orang dalam Proton menyalah Dr Mahathir diatas masalah syarikat,” katanya lagi.

    Adakah proton akan “terkubur” akibat krisis politik Tun M-Najib?


  • Dulu nice guy digandingkan dengan KY. Masa tu ada harapan nak pergi jauh sebab Gabungan Sloth Tua (gst) dalam company mula nak chow. Tapi sayang, gst bergabung cucuk Tun, KY tersingkir, gst kembali bermaharajalela.


  • Hang pi belajaq lagi la

    Jawatan pengerusi executive / tidak executive dilantik/ditamatkan oleh lembaga pengarah dalam mesyuarat

    Pengerusi Hyundai motor group Chung mong koo ada saham dalam Hyundai motor group sebanyak 5.2%

    Seseorang pengerusi yang memiliki saham boleh juga melalui syarikat milik penuhnya membeli atau memiliki saham dalam syarikat berkaitan

    Belajaq lagi la

Leave a Reply