ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adrian Salleh jadi pemilik pertama Civic Type R baharu di Malaysia

Views

Honda Malaysia telah menyerahkan hero terbaharu mereka, model hot hatch Civic Type R baharu kepada pemilik pertamanya di Malaysia,  En. Adrian Salleh Bin Hashim dalam satu majlis yang berlangsung di Botanic Auto Mall Sdn. Bhd hari ini. Model terpantas yang pernah dijual oleh Honda di Malaysia ini sangat unik dengan plet nombor siri khas diletakkan pada konsol tengah yang menyerlahkan ciri ekslusifnya.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, En. Akkbar Danial berkata, Civic Type R baharu lebih menyerlah berbanding pesaingnya dan memberikan prestasi di litar untuk pemanduan harian. Syarikat juga untuk memastikan kesemua barisan model Honda memberikan kegembiraan memandu untuk para pelanggan dengan ciri unik termaju. Tambah Akkbar lagi, Honda gembira untuk mengumumkan En. Adrian Salleh merupakan salah seorang daripada pelanggan pertama yang ditemuramah untuk mendapatkan maklum balas mengenai model Civic Type R (FD2R) pada 2007.

Minat beliau pada jenama Type R telah dibuktikan pada hari ini dan menjadi pemilik pertama Civic Type R baharu. Pada 2007, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan FD2R dan Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 420 unit FD2R antara 2007 hingga 2011. Sejak pelancaran Civic Type R baharu pada November lalu, model ini telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia. Honda Malaysia telah menerima sebanyak 70 tempahan Civic Type R baharu hingga setakat ini, sejak tempahannya dibuka pada 1 Oktober 2017.

En. Adrian Salleh yang juga merupakan pelanggan tetap Honda di Botanic Auto Mall turut diberikan barangan cenderahati Honda yang istimewa, sebuah kamera GoPro HERO 5 dan Honda Ultra Glass Body Coating with Ultra Window Coating yang bernilai RM5,300 sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia.

Civic Type R baharu diimport sepenuhnya ditawarkan pada harga RM320,000 atas jalan tidak termasuk insurans. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana antara 20 cawangan Honda Sport Dealer untuk melihat model tersebut dan membuat tempahan. Sport Dealer adalah pegedar sah yang dilantik oleh Honda yang menjual Civic Type R di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply