ARKIB

KATEGORI

Buletin

ADUN Ajil alami detik cemas, Lori APM bawa bantuan banjir terbalik dibawa arus deras

Berita Tempatan

Views

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim terselamat daripada dihanyutkan arus apabila lori dinaikinya terbalik setiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, di Kuala Berang, hari ini.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Maliaman yang dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Berang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM), bagaimanapun hanya cedera ringan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Beliau yang cedera pada kaki diselamatkan bot penyelamat sejurus kejadian sebelum dibawa ke kawasan selamat. Kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota APM dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak.

Menerusi laman sosial Facebook rasmi, miliknya, beliau melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang datang menghulurkan bantuan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Katanya, “Allah masih panjangkan usia kami. Saya bersama 13 anggota JPAM dalam misi menghantar keperluan makanan kepada mangsa di sekitar Hulu Berang.

Nasib tidak menyebelahi mereka kerana kenderaan logistik JPAM dibawa arus yang cukup deras berhampiran Sungai Kg Lebak. Tambah beliau, keperluan makanan, pakaian semua dibawa arus yang cukup deras dan kenderaan logistik juga tidak dapat diselamatkan.

Beliau turut memohon maaf kerana gagal menghantar keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelamat yang datang memberi bantuan kepada pasukan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply