ARKIB

KATEGORI

Buletin

AFA PRIME Berhad siap sedia hadapi peningkatan trafik sempena Hari Raya Aidilfitri

Berita Tempatan

Views

AFA PRIME Berhad (dahulunya ANIH Berhad) kini telah bersedia untuk menghadapi kesesakan trafik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pelbagai langkah pengurusan trafik dan keselamatan telah diperkenalkan bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selamat untuk pengguna lebuh raya.

Dengan jangkaan peningkatan trafik yang ketara, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) akan mengalami kemuncak perjalanan arah timur dari 27 hingga 30 Mac, manakala aliran balik arah barat dijangka dari 4 hingga 6 April.

Sepanjang tempoh ini, jumlah trafik harian KLK dijangka meningkat 70 peratus, dari 110,000 kepada 187,000 kenderaan, manakala LPT1 berpotensi mengalami peningkatan 83 peratus, daripada 41,000 kepada 75,000 kenderaan sehari.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Bagi menampung peningkatan trafik ini, AFA PRIME Berhad sedang meningkatkan kapasiti operasinya dengan menambah tenaga kerja bahagian tol dan bahagian trafik sebanyak 21 peratus.

Selain itu, pasukan rondaan, unit Kenderaan Rondaan Lebuhraya (EMPV), dan pegawai Rela akan ditempatkan di plaza tol utama, kawasan rehat, serta lokasi kesesakan utama bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik.

Pusat Kawalan Trafik (TCC) akan menyediakan pemantauan masa nyata dan menyelaras tindak balas terhadap keadaan trafik, manakala perkhidmatan trak tunda dan respons kecemasan 24 jam akan ditempatkan di lokasi strategik.

Selain daripada inisiatif pengurusan trafik, kemudahan di sepanjang KLK dan LPT1 akan dipertingkatkan bagi meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Beberapa kawasan rehat terpilih akan dilengkapi dengan tandas mudah alih, ruang parkir tambahan, serta peningkatan jumlah kakitangan pembersihan di semua R&R bagi menampung jumlah pengunjung yang lebih tinggi.

Selain itu, semua stesen minyak di sepanjang lebuh raya akan beroperasi 24 jam sehari. Menurut Pengarah Eksekutif AFA PRIME Berhad, Datin Radzimah binti Mohd Radzi, keutamaan mereka adalah memastikan perjalanan pengguna lebuh raya lancar, selamat, dan bebas kebimbangan.

Di bawah inisiatif Jom Balik Kampung, AFA PRIME Berhad, dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), akan mengagihkan 2,000 kit iftar kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak pada 27 Mac 2025.

Untuk kemas kini trafik dan bantuan kecemasan, hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau ikuti kemas kini masa nyata di halaman Facebook rasmi AFA PRIME (@Lebuhraya Pantai Timur) dan X (@LPTTrafik).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply