ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Aksi perlumbaan Jepun dan daya tarikan Malaysia bakal warnai Super GT hujung minggu ini!

Views

Super GT Race_1

Personaliti dan selebriti tempatan akan berada di tempat duduk pemandu untuk bersaing dalam perlumbaan sulung RC 86 Celebrity Charity Race di Litar Antarabangsa Sepang sebagai pembuka acara untuk pusingan 3 2013 Autobacs SUPER GT Series. Sebanyak 14 kereta akan berentap dalam perlumbaan lima pusingan dalam satu armada edisi terhad Toyota FT86 coupe yang telah siap sedia berlumba dalam Kumpulan N FIA untuk kategori kereta bilik pameran.

Pusingan Autobacs SUPER GT International Series Malaysia dianjurkan oleh JPM Motorsport dan ini merupakan tahun ke-13 berturut-turut Siri itu kembali ke Malaysia. Ia juga merupakan tahun ke-20 Siri yang dahulunya dikenali sebagai All-Japan Grand Touring Car Championship (JGTC), dianjurkan sejak mula diperkenalkan pada tahun 1993 oleh JAF (Persekutuan Automobil Jepun) melalui anak syarikatnya GTA (GT Association).

Walaupun acara utama bakal tertumpu kepada siri perlumbaan GT paling pantas dan menarik di dunia, yang terdiri daripada GT500 dan GT300, RC 86 Celebrity Charity Race juga boleh menjadi daya tarikan sampingan di Litar Antarabangsa Sepang. Kawasan utamanya dilengkapi dengan ruang pameran 7,000 meter persegi telah direka untuk memenuhi kehendak penonton, peminat dan warga sukan pemotoran.

Antara daya penarik menarik yang terdapat di kawasan utama adalah Bandar Jepun yang dicipta oleh Sachi untuk peminat merasai sendiri pengalaman menyaksikan perlumbaan GT di Jepun pada musim panas selain turut dilengkapi gerai yang menjual makanan, pakaian hingga kepada barangan elektronik.

Pameran motor yang dibawakan khas oleh Affin Bank akan mempamerkan pelbagai jenama kereta keluaran Jepun seperti Honda, Toyota, Nissan, Mazda dan Subaru selain jenama terkemuka Eropah seperti Porsche, Ferrari dan Lamborghini. Turut dipamerkan koleksi unik Kereta dan Motosikal buatan khas yang merupakan permulaan kepada Summernats, acara yang terkenal di Australia. Penonton juga akan dapat melihat secara dekat, beberapa model kereta yang membintangi filem Hollywood “Fast N Furious”.

Penonton Autobacs SUPER GT International Series juga bakal menyaksikan catatan rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Himpunan Terbesar Superbike dan ia bakal menjadi himpunan terbanyak motosikal dalam acara tunggal diadakan buat pertama kali. Penonton juga akan dihiburkan oleh JPM Music Festival sepanjang hari yang menggabungkan persembahan muzik dan tarian, pertandingan tarian genre K-POP serta pencarian Malaysian Super GT Queen Pageant.

Acara kemuncak pada malam tesebut adalah konsert Dash Berlin World Tour 2013 selama tiga jam dan bakal memukau peminat di malam Sabtu 15 Jun. Sementara itu, di luar kawasan pusat utama, peminat sukan bermotor dan auto juga boleh berentap dalam pertandingan Ultra Racing Gymkhana & Drifting.

Tiket untuk pusingan Malaysia yang Autobacs Super GT International Series yang dijual pada harga RM100, dan peminat boleh mendapatkan secara online melalui www.supergt.com.my, atau terus dapatkan info terkini keseluruhan musim melalui www.facebook.com/supergt.my

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply