ARKIB

KATEGORI

Buletin

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 berkuat kuasa esok – Hukuman lebih berat menanti

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang membawa hukuman lebih berat untuk kesalahan lalu lintas khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga 45, akan berkuat kuasa mulai esok (23 Oktober 2020), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee berkata kementeriannya menerima pemberitahuan penetapan tarikh pemulaan kuat kuasa akta itu daripada Jabatan Peguam Negara kelmarin dan beliau selaku menteri telah menandatanganinya semalam. Beliau berharap pindaan terbaharu ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang lalu lintas bagi memastikan jalan raya di negara kita selamat untuk semua.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Antara pindaan tersebut ialah Seksyen 41 yang melibatkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Pindaan juga dibuat terhadap Seksyen 44 mengenai kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan yang mengakibatkan kematian.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Mereka yang menyebabkan kematian semasa memandu akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun serta didenda antara RM50,000 dan RM100,000 selain hilang kelayakan lesen selama 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Pindaan ini juga membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada RM100,000 serta denda maksimum RM150,000 selain hilang kelayakan lesen untuk tempoh 20 tahun, bagi kesalahan berikutnya.

Wee berkata Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 turut mengambil kira pandangan orang ramai melalui kaji selidik melibatkan lebih 345,000 responden yang dilakukan Kementerian, dengan 94 peratus bersetuju hukuman lebih berat dikenakan bagi yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply