ARKIB

KATEGORI

Buletin

Al-kisah dua beranak bernama Proton Saga dan Viva

Views

Oleh kerana nama dalam kad pengenalan mereka menggunakan nama kereta nasional Proton Saga dan Viva, dua beranak dari kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak ini menjadi perhatian netizen setelah nama mereka tular di laman sosial gara-gara mendapat BR1M sejak 2012. Baru baru ini Sinar Harian telah menembual dengan Kelambu Jambi, 54, dan berjaya membongkar rahsia asal-usul nama tersebut.

Menurutnya pada 33 tahun lalu, nama tersebut telah dicadangkan seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya. Anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Kelambu bersama Jamaliah Dua, 49, ini dilahirkan pada 6 Ogos 1984, kira-kira 11 bulan sebelum model kereta Proton Saga dilancarkan pada Julai 1985.

Menurut Kelambu, dia dan isteri sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan nama itu, malah berbangga setiap kali orang menyebut nama anaknya. Proton Saga berkata, beliau tidak malu dengan nama unik itu dan kawan kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya meskipun mereka tahu ia nama sebuah kereta.

Proton Saga mendirikan rumah tangga bersama Rodiah Yok Ramu, 30, dan dikurniakan sepasang anak, Viva, 10, dan Sani berusia setahun. Beliau seperti menurut jejak bapanya dengan menamakan anak sulungnya Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007. Nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan. Beliau sentiasa tersenyum apabila setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

image image1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply