Honda Malaysia hari ini membuka tirai siri jerayawara ‘GEN H Event‘ iaitu ‘Honda, Hybrid dan Hype’ bagi berkongsi kegembiraan dan keseronokan teknologi hibridnya bersama warga Malaysia.
Tujuan acara ini adalah bagi membolehkan lebih ramai warga Malaysia untuk memahami dan mengalami sendiri teknologi hibrid Honda, khususnya teknologi e:HEV yang kini digunakan pada barisan model keluarannya.
Acara ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya ‘fun fair ride‘, arked, pandu uji, bengkel, bazar makanan dan minuman gaya hidup, seni graffiti dengan kerjasama dengan artis tempatan khusus untuk para pengunjung.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Berikut adalah lokasi GEN H Event. Masuk adalah percuma!
TARIKH | MASA | LOKASI |
3 – 4 Jun 2023 | 10:00pg – 10:00mlm | Linear Park, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru |
10 – 11 Jun 2023 | 11:00pg – 11:00mlm | Juru Auto City, Pulau Pinang |
17 – 18 Jun 2023 (Grand Finale) | 10:00pg – 10:00mlm | Parkir C Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, Honda Malaysia adalah perintis kepada pengenalan teknologi hibrid di Malaysia sejak 19 tahun yang lalu menerusi teknologi Integrated Motor Assist (IMA) pada model Civic Hybrid.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Respon kepada teknologi IMA cukup positif dan pihaknya memperkenalkan pula Sport Hybrid i-DCD pada 2017 menerusi model City dan Jazz hibrid. Terkini, Honda Malaysia menawarkan teknologi e:HEV yang merupakan sistem hibrid dwi-motor yang berprestasi tinggi dan cekap tenaga.
Sejak pelancaran tiga varian e:HEV, Honda Malaysia telah berjaya menjual lebih 2,800 unit City, lebih 1,600 unit City Hatchback dan lebih 2,600 unit model HR-V. Pada November 2022, rangkaian kuasa 2.0L e:HEV untuk model Civic telah diperkenalkan.
Setakat ini, hampir 600 unit Civic e:HEV telah terjual. Lebih dari tiga dekad, Honda membuat penyelidikan dan pembangunan rangkaian kuasa elektrik untuk EV, kenderaan sel bahan api dan kenderaan hibrid.
Ini kerana matlamat utama Honda adalah untuk mencapai ‘neutral karbon’ di samping menawarkan rangkaian kuasa elektrik serta hibrid. Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘GEN H Event’, sila layari laman sesawang honda.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI