Seorang lelaki yang terlelap atau ‘microsleep‘ semasa memandu kereta telah merempuh kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini petang semalam.
UTUSAN melaporkan, dalam kejadian pada jam 2.25 petang itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta Proton Persona itu mengalami kecederaan di hidung dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian dua buah kereta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) diparkir di bahu jalan.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Menurutnya, secara tiba-tiba mangsa yang datang dari arah persimpangan Taman Maju menghala ke persimpangan Wakaf Siku dikatakan mengalami ‘microsleep‘ semasa memandu.
Ekoran itu kereta dipandunya telah terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang berada di lokasi.
Kesan pelanggaran itu menyebabkan Proton Iswara itu menggelongsor ke hadapan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang berada di tempat sama. Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Katanya, penumpang hadapan kereta Proton Iswara yang merupakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami luka ringan dan lebam di bahagian kepala dan sudah menerima rawatan pesakit luar di HRPZ II.
Seorang lagi penumpang kereta tersebut yang merupakan wanita berusia 26 tahun tidak mengalami kecederaan.
Sisatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 iaitu tidur semasa memandu atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI