ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alami pengalaman hebat ‘off-road’ bersama Ford Ranger Getaway

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat para pemilik trak pikap Ford Ranger dan Ranger Raptor. Ingin mengetahui potensi sebenar trak gaya hidup anda bersama-sama individu lain?

Anda seharusnya menyertai Ford Ranger Getaway yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Acara ini merupakan pakej percutian sesi bimbingan sehari bersama jurulatih pemanduan, meliputi laluan jalan raya dan off-road di sekitar Sepang pada 26 Mac 2022.

Pelanggan juga boleh menikmati potongan 50 peratus untuk pengalaman latihan di Sepang nanti. Setiap peserta boleh membawa teman secara percuma. Mereka digalakkan mendaftar dengan segera kerana kouta adalah terhad.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion- Ford, Turse Zuhair, melalui Ford Ranger Getaways, pihaknya mahu menyediakan platform kepada para pemilik untuk membongkar potensi dan kebolehan sebenar Ranger mereka.

Tambah beliau, acara ini bukan sahaja menawarkan pemilik Ranger dan Ranger Raptor pengalaman unik merasai pengalaman Live the Ranger Life, malah pihaknya turut membantu pelancongan tempatan yang sebelum ini terkesan akibat pandemik.

Para peserta yang menyertai sesi latihan sehari pada 26 Mac ini bakal mempelajari tip dan teknik tentang kaedah duduk dan pengendalian.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Mereka juga merasai pengalaman praktikal autocross atas jalan bertar, kursus off-road 4×4 dan kursus Baja yang akan memperlihatkan kehebatan sebenar trak performance Ford untuk Ranger Raptor.

Peserta juga akan dapat merasai pengalaman hot lap Baja bersama jurulatih. Pemilik Ford Ranger akan melalui modul yang sama seperti Raptor, kecuali kursus dirt cornering dan drifting mengggantikan kursus Baja dan hot lap bersama jurulatih.

Acara akan bermula jam 8.30 pagi di Litar Antarabangsa Sepang dan para peserta akan diberikan sijil penyertaan semasa akhir latihan.

Untuk menyertai Sepang Ford Ranger Getaway, atau ingin tahu lebih lanjut tentang percutian menarik lain, sila layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply