ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alami Pengalaman Pemanduan era baharu dengan Samsung Connect Auto

Views

Samsung Electronics Co., Ltd bakal memperkenalkan Samsung Connect Auto yang bakal memberi pengalaman pemanduan era baharu pada masa hadapan. Ia menyediakan faedah kepada pengguna dan perniagaan dengan perhidmatan dan produk yang lebih selamat, mesra alam selain meningkatkan keseronokan memandu.

Pengguna akan rasa lebih selesa apabila mengetahui kenderaan mereka selamat dan industri pula akan meningkatkan produktiviti menerusi keupayaan pengurusan kenderaan dan perhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dan rakan niaganya.

Samsung Connect Auto disambungkan terus kepada port OBD II di bawah stereng. Ia menggunakan isyarat masa sebenar untuk membantu pengguna memperbaiki tingkah laku pemanduan mereka, termasuk meningkatkan kecekapan bahan api, disamping menawarkan sambungan Wi-Fi supaya penumpang sentiasa kekal dalam talian semasa dalam perjalanan.

Samsung Connect Auto_2

Dengan menggunakan Samsung KNOX[1], yang merupakan platform keselamatan mudah alih gred-pertahanan terkemuka dipasaran, Samsung Connect Auto menawarkan penyelesaian kereta dengan memberi keutamaan kepada keselamatan disamping pengalaman di dalam dan di luar kereta. Samsung Connect Auto bakal diperkenalkan pada suku kedua tahun ini di Amerika Syarikat dan AT&T akan menjadi pembekal tanpa wayarnya yang pertama.

Tunjang Samsung Connect Auto adalah sistem keselamatan KNOX dan aplikasi Tizen OS. Samsung KNOX menyediakan keselamatan melalui perkakasan terus ke perisian termasuk aplikasi. Dengan Tizen dan Kit Pembangunan Perisian (SDK) ia boleh dikembangkan kepada perkhidmatan tambahan. Apabila berlaku kemalangan, amaran kecemasan terus menghubungi kenalan pemandu dan perkhidmatan yang diperlukan. Aplikasi “Find My Car” juga membantu mengenal pasti lokasi kereta anda pada masa sebenar menggunakan LTE and GPS.

Wi-Fi hotspot LTE membolehkan akses internet pelbagai pengguna yang membenarkan penumpang melayari internet dan bermain permainan video secara atas talian. Analisis kecekapan bahan api membantu pemandu menjimatkan bahan api melalui algorithm yang menganalisis jarak perjalanan, masa di jalan raya dan harga seliter bahan api – ciri yang paling berguna kepada pengusaha syarikat pengangkutan.

Status kereta anda akan diperiksa oleh mekanik maya melalui port diagnostic untuk mengesyorkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan yang ditawarkan melalui rangkaian khas. Ini secara tidak langsung memberikan notifikasi cepat mengenai prestasi dan mengurangkan kos pembaikan.

Dengan ciri Usage-Based Insurance (UBI), pemandu boleh memanfaatkan perkongsian data kenderaan mereka untuk mendapatkan tawaran insurans yang paling terbaik. Log perjalanan pula membantu profesional yang kerap berada di jalan raya untuk mengira perbelanjaan semasa bekerja, sekaligus menyediakan kecekapan mobiliti perniagaan.

Samsung juga mencipta rantaian rakan baharu yang merangkumi syarikat pengangkutan, insurans, operator bantuan jalan raya dan rangkaian penyelenggaraan. Selain itu, Samsung bekerjasama dengan pengeluar automotif untuk menghubungkan industri automotif dengan dunia mudah alih. Beberapa syarikat kini bersama Samsung seperti Amdocs, AT&T, AXA, Blink by Agero, China Unicom, Cisco, Crawford & Company, Ericsson, Europcar, HERE, IBM, Jasper, Oberthur Technologies, Openbay, Orange, Tantalum dan Willis Towers Watson untuk merealisasikan projek ini. Samsung Connect Auto bakal dipertontonkan semasa Mobile World Congress pada tahun ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply