ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alami sendiri keselesaan ruang kabin Almera baharu dalam siri kedua Karnival Pandu Uji Nissan

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sekali lagi menjemput orang ramai untuk merasai sendiri keselesaan ruang kabin Nissan Almera baharu pada siri kedua Karnival Pandu Uji Nissan di seluruh negara pada 19 hingga 20 Disember ini.

Berikut adalah lokasi Karnival Pandu Uji Nissan:

19 – 20 Disember

(10 pagi hingga 8 malam)

SelangorETCM Puchong03-8084 2391
ETCM Shah Alam03-5519 8887
Wilayah PersekutuanETCM Kepong03-6258 1515
ETCM Pandan Indah03-4294 0312
Pulau PinangETCM Bayan Lepas04-642 9919
PerakETCM Ipoh05-506 3255
ETCM Taiping05-848 3515
MelakaSKK Motors06-337 1330
JohorSimpson Tan Auto (Danga Bay)07-232 1199
KelantanEdaran Nuri Kota Bharu (Pasir Tumboh)09-765 9888
TerengganuEdaran Nuri Kemaman (Chukai)09-859 6288
SabahOTS Motor Lahad Datu089-883 703
SarawakETCM Bintulu086-338 826
ETCM Miri085-322 926

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Ruang dalaman model ini menampilkan panel instrumen, skrin infohibur baharu, stereng rata bahagian bawah dan tempat duduk yang diinspirasikan kepada graviti sifar. Peningkatan paling besar pada ruang kabin ialah papan pemuka dwi tona dengan jahitan berkembar, panel instrumen ‘Gliding Wing’ dengan kemasan lembut berwarna kelabu.

Penggunaan material serta warna yang harmoni seperti krom, warna perak, hitam berkilat dan kemasan gentian karbon, menjadikan ruang kabin model ini rasa lebih premium dan moden. Satu lagi penambahbaikan yang ketara ialah meter Paparan Bantuan Pemanduan Termaju Semi Digital berwarna penuh bersaiz 7-inci serba baharu yang menawarkan 9 skrin paparan pemanduan boleh ubah.

Nissan Almera Turbo serba baharu turut didatangkan dengan Paparan Skrin Sentuh Audio Termaju bersaiz 8-inci yang menyokong Apple Carplay™. Model ini juga dilengkapi pelbagai ciri kemudahan lain seperti Kawalan Suhu Sistem Pendingin Hawa yang intuitif, Kunci Pintar (I-KEY) dengan kemasukan tanpa kunci dari jauh, butang penghidup enjin dan 3 slot USB.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan, sebaik sahaja masuk ke dalam model ini, anda akan merasai sendiri faktor ‘wow’ yang ada padanya dari segi kemasan, teknologi, rekaan pintar dan kualiti pertukangan yang sempurna.

Penumpang di belakang tidak perlu risau ruang kaki yang sempit kerana lega ruang kaki model ini adalah seluas 620mm. Tempat duduk belakangnya juga boleh dilipat sekali gus menjadikan ruang kargo lebih luas. Ruang kabin Nissan Almera serba baharu ini lebih senyap dengan kehadiran cagak lembut yang telah ditambah baik, kaca pintu dan insulasi lebih tebal di seluruh kenderaan yang mengurangkan hingar, getaran dan kekasaran (NVH).

Apa yang pasti, semua varian akan dilengkapi dengan  tempat duduk separa bucket yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar (pemandu dan penumpang hadapan). Ini menjadikan perjalanan anda lebih selesa selain mengurangkan rasa penat dan ‘sakit badan’ ketika dalam perjalanan jauh. Ruang bagasi model ini juga cukup besar, 482 liter yang boleh ‘menyumbatkan’ banyak barang termasuklah empat beg golf.

Pelanggan berpeluang memenangi 5 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM 2,199 apabila mereka memandu uji Nissan Almera serba baharu yang dikuasakan oleh minyak Shell FuelSave95 dengan teknologi DYNAFLEX. Bukan itu sahaja, hadiah bernilai sehingga RM88,888 turut ditawarkan dalam Peraduan Beli & Menang apabila anda membeli dan mendaftarkan model ini sebelum 31 Disember 2020.

Tunggu apa lagi, tanda kalendar anda siap-siap untuk ke acara ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply