ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz Care Solutions peneraju dalam pentadbiran penjagaan kesihatan

Berita Tempatan

Views

Sejak dilancarkan pada 2018, pentadbiran penjagaan kesihatan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Allianz Care Solutions (ACS), telah menerajui kemajuan dengan menawarkan pelanggan platform pusat pentadbiran kesihatan dan pertanyaan sehenti yang telah ditambah baik.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh ACS yang dahulunya dikenali sebagai Customer Healthcare Administration, termasuklah mengawasi tuntutan kesihatan pesakit dalam dan luar negara, mengeluarkan Surat Jaminan, pengurusan rangkaian 140 panel penyedia perubatan (hospital) Allianz dan talian bantuan 24 jam yang menawarkan bantuan untuk kemasukan ke hospital tanpa tunai, proses tuntutan dan memudahkan discaj cepat daripada hospital.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

ACS kini diperluas menerusi program yang baharu dilancarkan Allianz We Care, yang menawarkan manfaat COVID-19 percuma untuk rakyat Malaysia. Ia akan menyediakan mereka yang mendaftar untuk program ini dengan manfaat penyelesaian (bantuan tunai COVID-19 dan manfaat kematian) serta menyediakan rakan kongsi untuk mendapatkan perkhidmatan dan tawaran seperti, talian perubatan kesihatan COVID-19, Telekesihatan, E-Farmasi dan Fisioterapi atas talian.

Menurut Ketua Allianz Care Solutions, Allianz Malaysia, Tammy Lee, pihaknya telah berusaha membina infrastruktur yang kukuh dengan meningkatkan keupayaan digital, lebih khusus, automasi dan pengumpulan data, untuk memahami pelanggan mereka dengan lebih baik dan membantu mereka menggunakan faedah dengan optimum.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Tambahnya, skalabiliti adalah penting apabila anda mengambil sesuatu yang besar seperti pentadbiran kesihatan. Mereka ingin menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pada masa yang sama, kami juga mahu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan tersebut.

Hubungi pasukan Kemasukan dan Discaj Hospital Allianz Care Solution (24-jam) di talian 1-300-888-322 atau e-melkan kepada [email protected]. Untuk maklumbalas, tuntutan, atau pembayaran (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang), sila hubungi 1-800-22-8322 atau emel [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply