ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alza facelift buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Perodua

Views

Perodua membuat satu usikan awal dengan menayangkan model Alza facelift dalam iklan khas sempena Hari Kemerdekaan ke-61 pagi ini. Model facelift kedua dan yang terakhir untuk model MPV segmen-B paling laris di Malaysia ini dijangka akan dilancarkan dalam masa yang terdekat. Kami menjangkakan ia bakal dibuat dalam bulan September ini memandangkan Perodua sudah mula ‘pukul canang’ tentang kehadirannya.

Foto tiris awal model ini telah mula tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak dua hari lalu dan kami juga kongsikannya dalam pautan artikel di atas. Dalam iklan Merdeka Perodua ini, kita dapat melihat dengan lebih jelas lagi rupa baharu Alza yang lebih segar, sekali imbas ia persis Toyota Sienta terutama sekali di bahagian bampar.

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi model ini dan apa peningkatan yang dibuat padanya. Mungkin tidak lama lagi kita akan mendapat beberapa info tambahan mengenainya. Model serba baharu Alza mungkin diperkenal dalam tempoh dua tahun lagi atau paling awal pada penghujung tahun hadapan memandangkan ia sudah terlalu lama di pasaran.

Mungkin model tanah liat Concept X boleh memberi gambaran awal mengenai rekabentuknya dan kami amat berharap Perodua membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep MPV ini di KLIMS18. Apapun kita nantikan kemunculan Alza facelift terlebih dahulu.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply