ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ambil alih konsesi tol lebuh raya tak untungkan rakyat – Dr. Muhammed Abdul Khalid

Berita Tempatan

Views

Portal Free Malaysia Today melaporkan seorang pakar ekonomi menolak keputusan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di bandar bernilai RM6.2 bilion dan berkata wang itu lebih baik dibelanjakan untuk pendidikan atau pengangkutan awam.

Dr. Muhammed Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas satu forum di Universiti Malaya semalam. Kata beliau, sekiranya objektifnya ialah untuk mengurangkan kos hidup secara bermakna tanpa mendedahkan kerajaan kepada hutang tambahan, maka cadangan pengambilan itu tidak menepati kriteria tersebut.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Tambahnya, pengguna di negeri lain lain juga tidak akan mendapat manfaat dan satu-satunya manfaat yang diperolehi rakyat ialah jika mereka menggunakan lebuh raya pada tengah malam. Beliau juga mempersoalkan berapa ramaikah pekerja yang menggunakan lebuh raya pada tengah malam.

Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih lebuh raya Kesas, LDP, SPRINT dan Terowong Smart daripada Gamuda Bhd sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu.

Selain itu, cadangan itu juga turut dikritik oleh pakar pengangkutan Rosli Azad Khan yang menyifatkan kos RM6.2 itu sebagai terlalu mahal, terutama sekali kerana konsesi Lebuhraya Kesas akan tamat pada 2028. Muhammed yang sebelum itu berucap pada forum bertajuk “National Budget Dissection” juga berkata, beliau mengalu-alukan langkah kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan e-dompet.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Bagaimanapun beliau mencadangkan supaya kerajaan menggunakan mekanisme sedia ada, bukannya memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk memberi RM30 kepada rakyat berumur 18 tahun dan ke atas yang memperoleh pendapatan kurang RM100,000 setahun.

Katanya, mungkin sebahagian daripada wang itu boleh diambil daripada Bantuan Sara Hidup dan memasukkannya ke dalam e-dompet. Dengan cara itu Kerajaan boleh selamatkan setengah bilion ringgit yang boleh digunakan untuk tujuan lain.

Beliau turut menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan nombor pengenalan cukai (TIN) yang perlu dikemukakan oleh mana-mana orang yang membuat pembelian berharga lebih RM20,000. Langkah itu katanya akan mengurangkan kehilangan hasil kerajaan, selain mengutip maklumat mereka yang tidak membayar cukai.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Iluminasi.com

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply