ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ambil alih PLUS – Widad Business Group dan RRJ Capital yakin dipilih kerajaan

Berita Tempatan

Views

Persaingan untuk pengambilalihan konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd dan empat lebuh raya di Lembah Klang berkaitan Gamuda Bhd dilihat semakin sengit apabila dua pembida, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) dan RRJ Capital menunjukkan keyakinan tawaran yang dikemukakan mereka akan menjadi pilihan kerajaan.

Menurut Berita Harian, WBG berkata tujuan utama pengambilalihan itu bagi memberi keutamaan kepada rakyat, sejajar dengan manifesto kerajaan. Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, berkata, tawaran yang dikemukakan pihaknya akan membantu meringankan beban kewangan kerajaan dan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan akan mendapat manfaat daripada penepian pampasan sebanyak RM3.038 bilion dan andaian hutang sebanyak RM30 bilion, sebagai tambahan kepada pengecualian jaminan sukuk RM11 bilion. Katanya, mereka yakin tawaran yang dikemukakan dapat meyakinkan kerajaan. Dalam masa yang sama, rakyat akan menikmati banyak penjimatan yang diperlukan dari pengurangan tol yang besar dan lebih banyak kemudahan.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Jelas beliau, WBG yakin dengan keupayaannya untuk mengurus konsesi dengan baik tanpa membebankan kerajaan pada masa akan datang. Mereka mempunyai kekuatan utama dalam kewangan dan keupayaan untuk menguruskan PLUS.

Tambahnya, di bawah perniagaan kumpulan, terdapat dua entiti tersenarai iaitu WGB dan Dataprep Holdings Bhd (DHB), dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM1.45 bilion, yang mampu menyokong pengambilalihan yang dicadangkan.

Selain itu kumpulan juga khususnya mempunyai keupayaan sedia ada dalam menguruskan lebuh raya, kerana kami adalah syarikat yang terbabit dalam kerja dan projek penyelenggaraan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menyatakan kabinet dijangka membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan itu pada minggu ini.

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat segera bagi mengelak kerajaan terpaksa membayar pampasan yang lebih tinggi kepada pengendali tol. WGB menawarkan bidaan PLUS Expressway Bhd bernilai RM5.3 bilion. Selain daripada WBG, tiga pihak lain yang menwarkan bidaan adalah Maju Holdings Sdn Bhd bernilai RM34.9 bilion termasuk hutang, serta masing-masing dari RJR Capital (RM3.5 bilion) dan Tan Sri Halim Saad (RM5.2 bilion).



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Sementara itu, firma ekuiti swasta milik warga Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, RRJ Capital tetap terus komited untuk membida pengambilalihan konsesi lebuh raya. Pengerusi RRJ Capital, Richard Ong, berkata pihaknya yakin dapat memenangi bidaan terbabit kerana mempunyai ekuiti tunai untuk membiayai pelaburan.

Kata beliau, firma itu akan terus membida dan yakin dengan tawaran yang dikemukakan itu. Jelas beliau, pihaknya mempunyai ekuiti tunai dan tidak perlu meminjam dari institusi perbankan untuk membiayai pelaburan itu. RRJ Capital sebelum ini juga bersedia membayar deposit RM500 juta dalam tawarannya itu, sekiranya diperlukan, sebagai tanda kesungguhan pihaknya untuk mengambil alih pengendali konsesi lebuh raya terbesar negara.

RRJ Capital juga menaikkan tawaran bidaan kepada RM3.5 bilion daripada RM3 bilion sebelumnya. Firma itu berminat untuk mengambilalih 100 peratus ekuiti PLUS termasuk kertas hutangnya, stok pinjaman tidak bercagar boleh tukar tidak boleh tebus (RCULS) yang diterbitkan Projek Lebuhraya Usahasama Bhd, anak syarikat milik penuh PLUS. Pengendali lebuh raya itu mempunyai hutang kira-kira RM30 bilion.

Mereka juga mencadangkan pembentukan usaha sama (JV) 50-50 dengan dana persaraan nasional seperti KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd (PNB) atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), sekali gus membolehkan kerajaan dan juga Bumiputera untuk terus mengekalkan kepentingan mereka dalam PLUS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply