ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ambulans dinaiki pesakit positif COVID-19 terbalik

Berita Tempatan

Views

Sebuah ambulans terbalik selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara, Jalan Langgar di Alor Setar, petang semalam.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut K! ONLINE, ambulans tersebut dinaiki lima individu termasuk petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pesakit disyaki positif COVID-19. Mangsa yang mengalami kecederaan ringan ialah petugas kesihatan serta pemandu dan penumpang Proton Exora.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.55 petang sebelum tiba di lokasi dua minit kemudian.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar diarahkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah ambulans KKM dan MPV jenis Proton Exora.

Kata beliau, pemandu dan penumpang Proton Exora yang cedera ringan selepas mengadu sakit pada dada dan bahu diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut. Tambahnya lagi, pasukan KKM di dalam ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada mangsa yang dilaporkan tersepit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply