ARKIB

KATEGORI

Buletin

Amerika Syarikat kutuk tindakan Rusia tembak satelit di angkasa lepas

Berita Global

Views

Amerika Syarikat (AS) semalam mengutuk tindakan Rusia yang melancarkan ujian peluru berpandu yang berbahaya apabila menembak satelitnya yang tidak lagi berfungsi di angkasa lepas.

Sinar Harian melaporkan, menurut data, satelit seberat 2,000 kilogram yang dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1982 itu, Cosmos-1408 hancur berkecai dalam satu ujian peluru berpandu yang berlaku lewat 14 November atau awal 15 November lalu.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Kali terakhir satelit itu dikesan ialah ia berada pada ketinggian kira-kira 485 kilometer dari bumi. Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken berkata dalam satu kenyataan bahawa Persekutuan Rusia telah mengendalikan satu ujian peluru berpandu pemusnah antisatelit ke arah satelitnya sendiri.

Menurutnya, ujian berbahaya dan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan lebih 1,500 serpihan di orbit dan ratusan ribuan lagi serpihan kecil akibat ujian peluru berpandu itu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Tujuh angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), iaitu empat dari AS, seorang warga Jerman dan dua rakyat Rusia terpaksa berlindung dengan menaiki kapal angkasa-kapal angkasa yang sepatutnya membawa mereka pulang ke bumi.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), mereka terpaksa berada di dalam dua kapal angkasa tersebut selama dua jam.

Ketua Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata dalam satu kenyataan bahawa adalah tidak munasabah Rusia membahayakan bukan sahaja rakyat AS dan angkasawan lain di ISS tetapi juga terhadap angkasawannya sendiri selain dari China yang berada di stesen angkasa lepas negara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit NASA

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply