ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak Malaysia naib juara Kejohanan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD 2018

Views

Minggu lalu seorang anak Malaysia, Omar Jumiran melakar kejutan dengan memenangi tempat kedua kategori gaya bebas (freestyle) Kejohanan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD 2018 yang berlangsung sempena Intermot di Cologne, Jerman. Ini merupakan kali pertama penyertaan rakyat Malaysia dalam acara tersebut dan beliau telah layak mewakili negara setelah muncul juara di Kejohanan Motosikal Kustom Motonation 2017.

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

Omar Jumiran merupakan pemilik bengkel motosikal kustom Eastern Bobber Custom Work telah menghantar motosikal disadur krom yang dinamakan Bone X ke pertandingan tersebut. Tenyata keunikan dan ketelitian hasil seni beliau berjaya memikat hati para juri dan telah dinobatkan sebagai naib juara.

Buat pertama kalinya seorang warga Rusia, Dmitry Golubchikov dari Zillers Garage dengan jenteranya yang diberi nama Insomnia muncul sebagai juara kejohanan tersebut, manakala pemenang tempat ketiga pula jatuh kepada Marusius. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada Omar Jumiran dan Eastern Bobber Custom Work atas kejayaan yang membanggakan ini!

JOM BACA >> HANGAT: Kenapa Editor kami tak percaya syarikat kenderaan nasional baru boleh hasilkan model baru tahun 2020?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply