ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak Malaysia terpilih sebagai Jurutera Bendalir Pinggirlitar PETRONAS yang baharu

Berita Tempatan

Images
Views

PETRONAS Lubricant International (PLI), anak syarikat milik penuh PETRONAS mengumumkan En De Liow dari Malaysia sebagai pemenang pencarian global 2020 Jurutera Bendalir Pinggirlitar PETRONAS (PTFE). Sebagai ahli pasukan pinggirlitar PETRONAS, Liow, 26, akan menyediakan juara pengeluar dunia enam kali FIA Formula 1, pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS, dengan perkhidmatan sokongan berkaitan bendalir sepanjang 22 perlumbaan musim ini.

Edisi kedua pencarian PTFE memerlukan pemohon untuk melepasi pusingan kompetitif yang menguji kemahiran teknikal, interpersonal, komunikasi dan kerja berpasukan mereka. Setelah berjaya menyelesaikan proses pemilihan yang ketat, Jurutera Automotif menarik perhatian para hakim semasa pusingan pemilihan akhir, yang dimuktamadkan dengan sesi temu duga dengan Pengarah Urusan Kumpulan PLI dan Ketua Pegawai Eksekutif, Giuseppe D’Arrigo.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

D’Arrigo mengucapkan tahniah kepada En De kerana terpilih sebagai Jurutera Bendalir Pinggirlitar PETRONAS yang terbaharu. Kata beliau, sebagai satu organisasi, pihaknya bersemangat untuk melabur dalam bakat muda untuk idea-idea inovatif yang mereka bawa kepada organisasi dan kepada pembangunan teknologi bendalir mewah untuk rakan kongsi dan pengguna.

PTFE akan menjalankan analisis prestasi bendalir dalam unit kuasa di litar, menyediakan pasukan dengan input masa nyata tentang kesihatan bahagian-bahagian mekanik Mercedes-AMG F1 W11 EQ Performance. Mereka mengendalikan sebuah makmal kompak untuk aktiviti perkhidmatan yang berkaitan dengan bendalir di perlumbaan di seluruh dunia bersama para jurutera dan saintis terbaik di lapangan.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Menurut En De yang bakal bergandingan bersama-sama pemenang tahun lalu, Stephanie Travers, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang ini kerana bekerja dalam Formula 1 merupakan impiannya dan berharap dapat belajar serta berkembang dengan pasukan, sekali gus memberikan yang terbaik.

Sebagai rakan kongsi nama, PETRONAS telah mengendalikan PETRONAS Fluid Technology Solutions yang merangkumi bahan bakar PETRONAS Primax, minyak enjin PETRONAS Syntium dan bendalir berfungsi PETRONAS, dengan kerjasama pasukan teknikal di Mercedes AMG High Performance Powertrains (HPP).

Prinsipal pasukan dan CEO pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS, Toto Wolff berkata mereka sangat berterima kasih atas peranan yang mereka telah mainkan dan akan meneruskan kejayaan. Hubungan antara pihaknya dengan PETRONAS adalah teras daya saing pasukan mereka dan bersedia untuk memulakan musim 2020 bersama-sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply