ARKIB

KATEGORI

Tular

Anak PM jadi mangsa buli jalan raya pemandu Proton Iriz hijau

Tular

Views

Anak keempat Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar mendakwa menjadi mangsa buli seorang pengguna jalan raya hari ini.

Menerusi Twitter Nurul Ilham, dia berkongsi satu video memperlihatkan sebuah Proton Iriz berwarna hijau yang berada di hadapannya di lorong laju dan asyik menekan brek.

“Saya biasanya tidak memuat naik perkara seperti ini, tetapi saya telah dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini berterusan menekan brek di lorong laju.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

“Sangat bahaya dan saya ada anak berusia dua tahun bersama saya. Kereta itu berada di situ (laluan paling kanan) kira-kira satu minit sebelum dia (wanita) menukar ke laluan lain,” katanya.

Nurul Ilham mendakwa, pada mulanya dia melihat kereta tersebut berdekatan tol dan pemandu berkenaan turut membunyikan hon kepadanya untuk menuju ke lorong Touch ‘n Go.

“Saya telah memberikan isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat daripadanya untuk pergi ke kanan (lorong Smart Tag). Rasanya dia marah sebab itu,” katanya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Di ruangan komen, rata-rata warganet meminta pihak berkuasa untuk memantau kejadian tersebut kerana ia berisiko membahayakan para pengguna jalan raya.

“Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana ia merupakan tindakan berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” ciap cOMM4NDR3R_.

“Bayangkan reaksi pemandu tersebut jika mereka mengetahui identiti individu yang dibulinya ternyata adalah anak kepada Perdana Menteri,” seloroh seorang pengguna, @junn0509.

Hantaran tersebut telah meraih 460,400 jumlah tontonan dan 3,020 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nurul Ilham Anwar

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply